
Trending
Ini Rupanya Maksud Warna Dan Simbol Setiap ‘Signboard’ Jalan Di Malaysia
Oleh
Kalau korang perasan, setiap papan tanda jalan di Malaysia datang dengan pelbagai warna, huruf dan nombor kan? Ada yang berwarna biru, hijau, coklat dan ditulis dengan warna kuning serta putih. Apa maksud di sebalik warna itu ya?
Bagi yang tak tahu, di sini kami nak jelaskan maksud bagi setiap ‘signboard’ jalan tu. Penting ni tau!
Signboard biru dan hijau

‘Signboard’ berwarna biru digunakan untuk lalu lintas jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran. Papan tanda ini menunjukkan anda sedang memandu dalam laluan tanpa tol.
Manakala, ‘signboard’ berwarna hijau digunakan untuk Sistem Lebuh Raya Malaysia atau laluan bertol.
Jalan Persekutuan

Jalan Persekutuan biasanya dilabel dengan nombor sahaja.
Maklumat | Digit nombor |
Nombor jalan persekutuan utama | 001 – 249 |
Jalan persekutuan kemudahan institusi | 250 – 479 |
Nombor susur keluar jalan persekutuan | EXIT 1 – EXIT 99 EXIT 201 – EXIT 29 |
Nombor jalan persekutuan utama (Sarawak) | 1-1 – 1-59 3-1 – 3-99 |
Nombor jalan persekutuan utama (Sabah; sistem penomboran lama) | A01 – A99 |
Nombor jalan persekutuan utama (Labuan) | 700 – 799 |
Nombor jalan persekutuan FELDA/FELCRA | 1000 – 1999 2000 – 2999 |
Nombor jalan persekutuan perindustrian | 3000 – 3999 |
Jalan Negeri

Kod Jalan Raya Negeri | Negeri |
A | Perak |
B | Selangor |
C | Pahang |
D | Kelantan |
J | Johor |
K | Kedah |
M | Melaka |
N | Negeri Sembilan |
P | Pulau Pinang |
R | Perlis |
SA | Sabah |
T | Terengganu |
Huruf ‘E’ singkatan bagi Expressway

Kalau korang jumpa huruf ‘E’ ini menunjukkan korang sedang memasuki laluan lebuh raya. Dekat Malaysia lebuh raya kebiasaannya ada tol.
Warna kuning itu untuk nama jalan

Warna putih untuk nama bandar dan kawasan

Huruf putih, background maroon

Kalau ‘signboard’ warna maroon pula untuk destinasi perlancongan. Bagi lokasi tumpuan pelancong, ‘signboard’ berwarna putih ditulis dengan huruf berwarna hijau.
Nama jingga, latar hijau

Tempat ditulis dengan warna jingga berlatarbelakangkan hijau menandakan bangunan atau institusi kerajaan.
Susunan ikut jarak

Susunan pada ‘signboard’ mengikut jarak destinasi. Lokasi paling jauh diletakkan di atas, lokasi dekat diletakkan paling bawah.
Amacam, dah faham ke belum? Semoga bermanfaat.
Kredit: carsome | World of Buzz
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
