Connect with us

Oh! Media

Ini Perkembangan Terkini Kes Rogol Remaja Perempuan Bawah Umur Babitkan Penceramah Bebas

kes rogol

Trending

Ini Perkembangan Terkini Kes Rogol Remaja Perempuan Bawah Umur Babitkan Penceramah Bebas

Sebelum ini, kita dikejutkan sekali lagi dengan kes gangguan seksual melibatkan penceramah bebas terkenal. Bagaimanapun, kali ini lebih berat kerana ia melibatkan kes rogol remaja perempuan bawah umur.

ADVERTISEMENT

BACA: Beberapa Kali Buat Hubungan Intim, Penceramah Bebas Didakwa Rogol Remaja

Terkini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memaklumkan kertas siasatan telahpun dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk penelitian.

Penceramah bebas berusia lingkungan 30-an sebelum ini telah diserahkan kepada Kontinjen Perak pada 28 Julai selepas tempoh remannya tamat pada 27 Julai bagi siasatan kes di Kuala Lumpur.

Suspek ditahan ketika beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor pada 18 Julai lepas, 4.50 petang. Kes pula disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas