Connect with us

Oh! Media

“Ini Ke Islam? Siap Ada Babi Golek” – Bekas Suami Pempengaruh Risau Akidah Anak Terpesong Tinggal Di Bali

Ohmedia influencer Bali

Trending

“Ini Ke Islam? Siap Ada Babi Golek” – Bekas Suami Pempengaruh Risau Akidah Anak Terpesong Tinggal Di Bali

Bekas suami pempengaruh risau akidah anak terpesong, tuntut hak jagaan sepenuhnya.

Di Thread, seorang lelaki meluahkan kebimbangan mengenai masa depan anaknya yang kini tinggal bersama bekas isterinya di Bali.

Lelaki dikenali sebagai Aiman mempersoalkan soal agama dan cara hidup bekas isterinya yang merupakan seorang pempengaruh dan usahawan terkenal.

“Ini ke islam? Siap ada babi golek”

Dalam hantaran itu, Aiman menyertakan screenshot video memaparkan bekas isterinya melangsungkan adat orang Bali yang didakwa terpesong daripada ajaran agama.

IKLAN

Difahamkan, bekas isterinya kini berkahwin dengan lelaki berasal dari Bali dan baru je dikurniakan seorang anak.

209a276f 00d4 4050 828c 212a1d6520b2

Menerusi hantaran itu, Aiman meluahkan rasa tidak puas hati dan risau terhadap persekitaran anaknya.

Ini ke islam? siap ada babi golek lagi. Ko rasa dia ni islam lagi ke? Aku cuma nak anak aku je, dia ni tak layak jaga anak. Macam mana agama anak aku nanti??? Yang mana support dia lagi aku tak tahu lah.

Luahan itu jelas menunjukkan kebimbangannya terhadap pegangan agama anak jika terus dibesarkan dalam suasana yang didakwa berbeza daripada latar belakang asal mereka.

“Aku cuma nak anak aku”

View on Threads

Di ruangan komen, seorang pengguna media sosial menjelaskan Aiman mempunyai anak perempuan berusia sekitar tujuh tahun hasil perkahwinan dengan bekas isterinya.

Menurut penjelasan tersebut, sebelum ini anak berkenaan tinggal bersama si bapa, namun kemudiannya dibawa oleh si ibu dan kini didakwa berada di Bali.

Individu sama turut mendakwa bayi yang dilihat dalam video tular adalah anak kepada pempengaruh itu bersama suami baharunya.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pempengaruh tersebut bagi menjawab dakwaan yang sedang hangat diperkatakan.

Difahamkan, lelaki berkenaan kini mahu mendapatkan hak jagaan sepenuhnya terhadap anak mereka kerana bimbang soal akidah dan pendidikan agama anak itu.

Pssttt! Dalam situasi seperti ini, kebajikan dan masa depan anak seharusnya menjadi keutamaan utama. Apa pun konflik antara ibu dan bapa, penyelesaian terbaik adalah melalui saluran undang-undang supaya keputusan dibuat secara adil dan tidak dipengaruhi emosi atau persepsi netizen.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas