Connect with us

Oh! Media

Ini Antara Punca Kes Jangkitan Di Kelantan Meningkat

Kelantan

Trending

Ini Antara Punca Kes Jangkitan Di Kelantan Meningkat

Kes jangkitan wabak di negeri Kelantan kini meningkat dan telah direkodkan sebanyak 820 kes semalam. Apa dah jadi ni? 

ADVERTISEMENT

BACA : Tular Video Sekumpulan Individu Langgar SOP, Polis Jalankan Siasatan

Menurut laporan Harian Metro, antara faktor yang menyumbang kenaikan kes di negeri itu adalah pergimouan aktiviti sosial dan kemasukan penduduk dari luar negeri sempena Cuti Deepavali yang baru saja berlangsung pada minggu lepas. 

Bukan tu jer, pematuhan prosedur operasi standard yang tidak optimum dan penularan varian Delta turut menyumbang kepada kenaikan kes dan ianya dikatakan sendiri Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes di Kelantan sejak beberapa hari lalu sehingga hari ini, ia membabitkan kemasukan penduduk dari luar susulan cuti panjang sempena Deepavali, perhimpunan aktiviti sosial dan kurang pematuhan SOP.

Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar kes harian dapat dikurangkan. Jangan pentingkan diri!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas