Connect with us

Oh! Media

Ini Alasan Pemandu Viva Selepas Memandu Lawan Arus Di Johor

Ohmedia viva lawan arus

Trending

Ini Alasan Pemandu Viva Selepas Memandu Lawan Arus Di Johor

Nampaknya masih ada lagi kejadian kereta memandu secara melawan arus. Kali ini berlaku di Bulatan Medini Iskandar Puteri, Johor apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva telah membahayakan pengguna jalan raya.

BACA: Lagi Kes Pandu Lawan Arus, Kali Ini Polis Trafik Sendiri Yang Buat Hal

Pemandu Viva terbabit bagaimanapun telah ditahan pihak polis dan mendakwa dia keliru dengan laluan berkenaan sehingga menyebabkan dia tersalah.

IKLAN

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar selepas berjaya mengesan suspek berdasarkan nombor telefon yang diperoleh.

42816386 1992214291024041 4371461479585546240 n

Siasatan awal mendapati pemandu yang memandu kereta pada hari kejadian adalah sepupu kepada pemilik kenderaan itu. Polis meminta pemandu pada hari kejadian untuk hadir ke Balai Polis Trafik dan memberi keterangan.

Dia mengaku memandu kereta secara melawan arus di Bulatan Medini pada 6 September lalu yang boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya serta pengguna jalan raya lain.

Pemandu berusia 34 tahun yang juga warganegara itu bagaimanapun didapati negatif dadah berdasarkan ujian air kencing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya. Pemandu kini ditahan dan kereta Viva pula disita.

Kredit: Facebook Polis Daerah Iskandar Puteri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas