Connect with us

Oh! Media

Lagi Kes Pandu Lawan Arus, Kali Ini Polis Trafik Sendiri Yang Buat Hal

Trending

Lagi Kes Pandu Lawan Arus, Kali Ini Polis Trafik Sendiri Yang Buat Hal

Alamak! Patutnya polis trafik yang bertanggungjawab untuk jaga lalu lintas dan keselamatan awam. Tapi lain pula kesnya kali ini. Polis trafik yang drive lawan arus, apa kes?

ADVERTISEMENT

Video tersebut menunjukkan sebuah Perodua Axia yang dipandu di lorong laju dan sederhana dengan lampu kecemasannya dibuka. Bukan itu sahaja, boleh pulak kereta tersebut stop tengah jalan dan buat pusingan U di tempat yang sama. Alahai, macam ada yang tak kena je.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pihak polis telah terima rakaman video tersebut lebih kurang jam 12.30 pagi. Pihaknya kemudian menghantar anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Bahru Selatan (JBS) dan berjaya menahan pemandunya di sebuah stesen minyak.

Bila diperiksa, rupanya pemandu tersebut merupakan seorang anggota trafik JBS. Tapi sewaktu kejadian, dia memandu keretanya sendiri dan tidak bertugas. Lagi teruk, suspek disyaki berada di bawah pengaruh alokohol ketika memandu.

Menurut Ayob Khan, walaupun suspek merupakan anggota trafik, tapi pihaknya tak akan berkrompomi dan tetap jalankan siasatan secara telus dan amanah. Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 45A APJ 1987.

“Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pihak termasuk anggota serta pegawai yang melanggar undang-undang.” – katanya.

Dah banyak kes kemalangan kerana memandu dalam keadaan mabuk pun, masih ramai lagi orang yang tak ambil pengajaran. Nak juga ikutkan nafsu sendiri dan ambil risiko. Takkan nak tunggu sampai kena dekat keluarga sendiri, baru nak sedar?

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas