Connect with us

Oh! Media

Indonesia Tetapkan 3 Hari Tempoh Kuarantin Bagi Pelancong Asing

Article 2 3 11

Trending

Indonesia Tetapkan 3 Hari Tempoh Kuarantin Bagi Pelancong Asing

Sekarang ini, ke mana sahaja kita melancong, pasti akan ada tempoh kuarantin yang ditetapkan oleh negara tersebut. Indonesia kini telah menetapkan tempoh kuarantin wajib selama tiga hari.

BACA: Pelancong Sudah Boleh Merancang Untuk Ke Bali Indonesia

Tempoh kuarantin sebelum ini merupakan lima hari telah dikurangkan buat pelancong antarabangsa, rakyat Indonesia dan juga warga asing.

IKLAN

Perlu memenuhi syarat

Jakarta

Menurut Sinar Harian, tempoh ini telah ditetapkan oleh Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto. Kebenaran melancong ini dibenarkan buat mereka yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Peraturan ini terpakai kepada pelancong antarabangsa yang memenuhi syarat, termasuk lengkap divaksin dan negatif ujian saringan Covid-19 berdasarkan keputusan ujian PCR (ujian Tindak Balas Berantai Polimerase) sebelum berlepas, selepas ketibaan di Indonesia, dan pada hari terakhir kuarantin.

Pelancong domestik yang sudah lengkap dua dos vaksinasi hanya perlu menunjukkan keputusan negatif bagi ujian swab antigen manakala bagi yang baru lengkap satu dos vaksin perlu menunjukkan keputusan ujian PCR.

Keputusan ini dilakukan kerana pandemik Covid-19 di Indonesia dalam keadaan terkawal dan kes semakin menurun. Indonesia kini dalam keadaan memulihkan ekonomi dan menjangka gelombang ketiga bakal berlaku pada awal tahun 2022 dan pada cuti Krismas.

Semoga semua yang sudah memulakan perjalanan ke luar negara mengikuti prosedur yang ditetapkan dan menjaga SOP sentiasa bagi mengelakkan penularan Covid-19 berlaku.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas