Connect with us

Oh! Media

Pelancong Sudah Boleh Merancang Untuk Ke Bali Indonesia

bali indonesia

Trending

Pelancong Sudah Boleh Merancang Untuk Ke Bali Indonesia

Bali yang juga dikenali sebagai Pulau Dewata merupakan sebuah tempat pelancongan yang sangat popular di Indonesia. Kini, Bali Indonesia bakal dibuka kepada pelancong antarabangsa pada hari Khamis ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Disangkakan Asal Indonesia , Lagu Dinda Nyanyian Masdo Kembali Trending Di TikTok

Ketua Persatuan Hotel dan Restoran Indonesia Hariyadi Sukamdani berkata, sebanyak 8,000 bilik di hotel 3 hingga 5 bintang telah disediakan bagi kegunaan kuarantin dan penginapan para pelancong antarabangsa ke pulau itu.

Persiapan 19 bulan

Menurut Astro Awani, Sukamdani menyatakan bahawa mereka telah membuat persiapan selama 19 bulan dengan penuh teliti. Mereka kini sudah bersedia untuk menyambut tetamu antarabangsa yang mahu bercuti ke Bali. Dia juga menganggarkan pada fasa awal ini hanya 2,000 bilik sahaja yang digunakan, tetapi jumlah itu mungkin akan bertambah jika ramai pelancong yang datang.

Pelancongan di Bali kembali pulih dalam beberapa minggu terakhir berikutan semakin banyak pelancong domestik datang dengan kadar penginapan hotel meningkat 35 peratus.

Peningkatan itu berlaku kerana kes Covid-19 di Indonesia menunjukkan penurunan kes yang ketara sejak akhir-akhir ini. Kerajaan Indonesia turut mempercepatkan proses pengambilan vaksin serta pusat beli-belah, pawagam dan restoran dibenarkan beroperasi kembali.

Protokol kesihatan yang ketat

Timbalan Gabenor Bali Tjokorda Oka Sukawati mengatakan beribu-ribu kemudahan pelancongan yang menarik, termasuk restoran, hotel dan pusat beli-belah di pulau peranginan Bali sudah bersedia menyambut ketibaan pelancong luar dengan pematuhan protokol kesihatan yang ketat. 99 peratus penduduk Bali telah mendapat dos pertama vaksin dan 80 peratus telah mendapat doa kedua.

Dengan pembukaan pulau ini kepada pelancong luar, Sukawati berharap dapat menghidupkan kembali sektor pelancongan yang menyumbang 53 peratus pendapatan wilayah pada tahun 2019.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Pandjaitan mengatakan, pelancong luar dibenarkan bercuti di Bali dengan syarat mereka datang dari negara-negara yang mempunyai kadar positif Covid-19 kurang lima peratus dan mestilah lengkap menerima vaksin Covid-19.

Negatif dalam tempoh 72 jam

Pelancong luar dibenarkan mengunjungi Bali selagi mereka mempunyai bukti tempahan penginapan dan ujian Covid-19 mereka negatif dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat ke Indonesia.

Mereka juga mesti mempunyai insurans kesihatan dengan nilai perlindungan minimum US$100,000, termasuk pembiayaan untuk menangani COVID-19.

Mereka hanya perlu menjalani lima hari kuarantin, berbanding lapan hari sebelum ini.

Jika keputusan ujian PCR pada hari keempat adalah negatif, mereka dibenarkan meninggalkan tempat kuarantin pada hari kelima.

Pelancong diminta untuk melakukan pemeriksaan fizikal seperti ujian reaksi polimerase berantai (PCR) apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali. Lapangan terbang ini telah menyediakan bilik ujian PCR sebanyak 3, 840 ujian setiap hari.

Kredit: Astro Awani , Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas