Connect with us

Oh! Media

Polis Tegaskan Dakwaan Individu Dikompaun RM10,000 Walaupun Sudah Ikut SOP Adalah Tidak Benar

Trending

Polis Tegaskan Dakwaan Individu Dikompaun RM10,000 Walaupun Sudah Ikut SOP Adalah Tidak Benar

Semalam tular di media sosial apabila seorang lelaki dikatakan telah menjadi individu pertama yang dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana melanggar SOP PKPB di sebuah premis di Bukit Jalil.

ADVERTISEMENT

Polis Cheras hari ini juga telah mengesahkan bahawa pihak mereka telah mengeluarkan kompaun ke atas seorang individu diatas kesalahan tidak mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera petang semalam.

Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon Selaku, Ketua Polis Daerah Cheras berkata, kompaun itu telah dikeluarkan semasa Pasukan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membuat pemeriksaan di sebuah kedai makan di Bukit Jalil.

Pada 11 Mac 2021, pukul 6.55 petang, satu Pasukan Pematuhan SOP PKPB telah mengeluarkan kompaun ke atas seorang individu kerana kesalahan tidak mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera atau buku daftar yang disediakan oleh pekedai.

Ia sepertimana yang diperuntukkan dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, mana-mana individu yang melanggar SOP yang ditetapkan boleh dikompaun sebanyak RM10,000. – Katanya kepada wartawan Kosmo.

Gambar surat saman kerana gagal mengimbas kod aplikasi Mysejahteras itu juga telah tersebar di media sosial dan turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada juga yang turut mempertahankan tindakan pihak polis.

Dalam pada itu, Mohamed Mokhsein menegaskan, dakwaan lelaki itu yang mengatakan kononnya dia telah dikompaun walaupun sudah mendaftarkan diri melalui mana-mana saluran, aplikasi atau dalam buku daftar yang disediakan oleh pekedai adalah tidak benar.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan, pihak polis akan mula mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar SOP PKP.

Bagaimanapun, beliau dipetik berkata, jumlah sebenar kompaun dikenakan itu tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.

Jelas beliau, kuasa tersebut bukan berada bawah anggota polis yang memberikan denda tersebut kerana mereka hanya diberikan tugas untuk menawarkan kompaun kepada pesalah.

Mereka (anggota polis) akan menulis dalam notis kompaun itu nilai RM10,000 sebab dalam Ordinan Darurat ini ia (denda) dinaikkan dari RM1,000 ke RM10,000,” katanya.

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas