Connect with us

Oh! Media

Individu Kongsi Detik Cemas, Kereta Dipandu Warga Asing Rempuh Bank

Bank

Trending

Individu Kongsi Detik Cemas, Kereta Dipandu Warga Asing Rempuh Bank

Sejak akhir-akhir ini, peredaran berita membabitkan nahas jalan raya ataupun kemalangan kereta sering berlaku sehingga menyebabkan banyak kecederaan parah berlaku.

BACA: Tular Kejadian Wanita ‘Terjun’ Kereta, Pemandu Myvi Dedah Kisah Sebenar

Namun, salah satu punca terjadikan insiden itu disebabkan sikap cuai segelintir pemandu yang gemar mengendahkan peraturan jalan raya.

IKLAN

Oleh itu, individu yang ingin memandu sesebuah kenderaan, mereka perlu mempelajari serta menerapkan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Kereta dipandu warga asing rempuh bank

Terbaharu, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang warga asing telah merempuh sebuah bank di bandar Inderapura, Jerantut, hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira 10 pagi itu telah mengakibatkan dinding kaca dan sebahagian pintu utama bank tersebut telah pecah serta rosak.

Menurut sumber, insiden tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa serta kecederaan membabitkan orang awam yang berdekatan.

Kereta bank
Sumber Kosmo

Seorang individu kongsi detik cemas

Seorang pelanggan bank, Anuar Abdullah yang ketika itu sedang beratur di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengakui terkejut selepas mendengar bunyi dentuman yang kuat.

Selain itu, kejadian tersebut juga telah mengejutkan ramai orang awam di dalam bank tersebut sehingga mereka lari untuk menyelamatkan diri.

Kejadian yang berlaku dalam beberapa saat ini mengejutkan semua pelanggan di dalam bank dan ada yang melaungkan ‘Allahuakbar’ serta lari keluar daripada bank kerana bimbang keselamatan masing-masing.

Nasib baik semasa kejadian semua pelanggan berada di dalam bank dan tidak berada di kaki lima bank, cuma cermin dinding kaca sahaja yang pecah dan tiada individu yang mengalami kecederaan.

Menurut Anuar, pemandu kereta berkenaan hanya terpinga-pinga selepas kejadian sebelum bertindak mengundurkan kereta dan menghubungi rakannya.

Difahamkan, punca kejadian disebabkan warga asing itu dikatakan ingin mengundur, tetapi tersalah meletakkan posisi gear yang betul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, polis kini sedang melakukan siasatan terhadap insiden itu,

Berdasarkan siasatan awal, pemandu berkenaan menyatakan kesilapan dalam menekan pedal minyak secara mengejut dan siasatan dilakukan termasuklah dalam aspek lesen memandu dan sebagainya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas