Connect with us

Oh! Media

Individu ‘Bantai’ Pemandu Lori, Pecahkan Cermin Hadapan Kini Diburu Polis

pemandu lori kena belasah

Trending

Individu ‘Bantai’ Pemandu Lori, Pecahkan Cermin Hadapan Kini Diburu Polis

Seorang pemandu lori kontena membawa muatan peralatan paip membuat laporan polis mendakwa telah dipukul sekumpulan individu hingga cedera.

ADVERTISEMENT

Mangsa berkata, dia dipukul selepas kemalangan membabitkan kematian seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Kampung Telok Gong, Klang.

Pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki

pemandu lori treler dipukul

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dalam laporan Harian Metro berkata, pihaknya kini sedang mengesan beberapa lelaki yang terlibat dalam kejadian itu.

Selepas kemalangan berlaku, sekumpulan lelaki berkumpul di lokasi kejadian dan memukul pemandu lori kontena dan memecahkan cermin hadapan kenderaan itu.

Tindakan tanpa usul periksa sekumpulan lelaki itu menyebabkan pemandu lori mengalami luka di pipi kanan, lebam mata, sakit di seluruh anggota badan.

Suspek diburu polis

pemandu lori dipukul

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rusuhan serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat terhadap harta benda.

Terdahulu, isteri mangsa meluahkan rasa kecewa apabila suaminya menjadi mangsa orang ramai melepaskan marah. Jelasnya, berdasarkan rakaman dashcam, suaminya langsung tak bersalah.

BACA: Pemandu Treler Kena Bantai, Isteri Luah Rasa Kecewa, Ada Bukti Rakaman Dashcam

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas