Connect with us

Oh! Media

eksport gula

Trending

India Kini Hadkan Eksport Gula Selepas Gandum

Sekarang ini dunia telah dilanda krisis makanan dan menyebabkan banyak negara terjejas. Kerajaan India telah membuat pengumuman untuk mengehadkan eksport gula sebagai langkah berjaga-jaga demi melindungi sumber makanan domestik.

BACA: Tepung Dah Mahal, Harga Roti Canai Mungkin Akan Naik

IKLAN

Menerusi laporan Kosmo, ini merupakan sekatan kedua yang dilakukan india selepas kerajaan ini melarang eksport gandum pada minggu lepas.

Lindungi pembeli, kekalkan harga siling

Sugar falling from metal scoop on pile isolated on black — preparation,  minimal - Stock Photo | #184854324

India merupakan pengeksport gula kedua terbesar di dunia dan Malaysia adalah salah sebuah negara yang menjadi pelanggan utamanya. Pengeksportan gula kini telah disekat pada kadar 10 juta tan saja bagi tempoh pemasaran dari 2021 sehingga September 2022.

Tujuan sekatan ini dilakukan adalah untuk mengekalkan bekalan gula di rumah dan melindungi pembeli dengan mengekalkan harga siling pasaran.

Sebelum ini India telah menghentikan eksport gandum akibat dari gelombang panas memusnahkan beberapa tanaman yang menyebabkan harga siling makanan asas melambung naik.

Semakin banyak negara di rantau Asia menghentikan jualan kasar, termasuklah sekatan eksport minyak sawit Indonesia dan Malaysia yang menghentikan jualan kasar ayam di pasaran antarabangsa.

Pengehadan eksport gula tidak memberi impak besar kepada operasi pasaran, berbeza dengan larangan eksport gandum yang menyebabkan indeks dagangan dunia menjadi kucar kacir. – Somit Banerjee, Ketua Jual Beli Sugar Co, Dubai.

Semoga kerajaan dapat mengambil inisiatif untuk memastikan rakyat di negara ini memiliki bekalan makanan asas yang cukup. Sama-sama kita berdoa agar rakyat di negara kita baik-baik sahaja.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas