Connect with us

Oh! Media

“Imej Tu Berlegar Di Minda” – Firdaus Wong Sukar Tidur Malam Tengok Mesej, Gambar Alat Sulit Lelaki

Ebit Lew Firdaus Wong

Trending

“Imej Tu Berlegar Di Minda” – Firdaus Wong Sukar Tidur Malam Tengok Mesej, Gambar Alat Sulit Lelaki

Saksi ketiga kes pendakwaan gangguan seksual melibatkan Ebit Lew iaitu Firdaus Wong memberitahu mahkamah dia tertekan dan sukar untuk tidur malam sejak menerima kes ini.

BACA: “Minta Husband You Ceraikan You, I Bayar You” – Firdaus Wong Dakwa Tengok Mesej Dihantar Ebit Lew

Memetik laporan Sinar Harian, Firdaus Wong berkata lagi, dia alami kemurungan selepas melihat begitu banyak mesej serta gambar kemaluan lelaki kerana imej-imej itu sering berlegar di mindanya.

IKLAN

Tertekan dan sukar tidur malam

2029366

Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM) ini turut menjelaskan mengenai salah ejaan ‘keburungan keburungan’ yang ditulis dalam group WhatsApp ‘NOBODY’.

Beliau memberitahu mahkamah group WhatsApp itu ditubuhnya sendiri pada Julai 2021 disertai olehnya sendiri serta 3 ahli iaitu saksi pertama, pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu, Doktor Rozaimy Ramly dan Doktor Yusuf.

Keburungan keburungan adalah kesalahan ejaan daripada saya kerana sejak menerima kes itu dan melihat begitu banyak mesej dan gambar kemaluan lelaki.

Saya sendiri yang merupakan lelaki tertekan dan sukar untuk tidur malam kerana imej-imej itu sering berlegar di minda.

Firdaus Wong dilaporkan berkata demikian ketika menjawab soalan pemeriksaan balas daripada peguam, Ram Singh dalam sesi perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom hari ini.

Mahkamah menetapkan Firdaus Wong kekal sebagai saksi dan perbicaraan disambung pada Rabu.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas