Connect with us

Oh! Media

“Minta Husband You Ceraikan You, I Bayar You” – Firdaus Wong Dakwa Tengok Mesej Dihantar Ebit Lew

Trending

“Minta Husband You Ceraikan You, I Bayar You” – Firdaus Wong Dakwa Tengok Mesej Dihantar Ebit Lew

Pendakwah bebas, Firdaus Wong hadir di Mahkamah Majistret Tenom bagi memberi keterangan mengenai kes gangguan seksual dihadapi seorang lagi pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Perkembangan Terkini Kes Perbicaraan Libatkan Ebit Lew

Memetik laporan Berita Harian, Firdaus Wong atau nama sebenar, Firdaus Wong Wai Hung, 39, memaklumkan bahawa dia melihat beberapa mesej dan gambar lucah dalam telefon bimbit milik wanita yang mendakwa menjadi mangsa, termasuk gambar kemaluan lelaki.

Tambah Firdaus lagi, antara pesanan yang dilihat dan didengarnya adalah satu mesej suara dihantar kepada pengadu yang berbunyi ‘tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit’.

Terdapat juga pesanan bertulis menerusi WhatsApp, ‘minta husband you (suami kamu) ceraikan you, I (saya) bayar you’.

Firdaus Wong turut mendedahkan bahawa terdapat gambar kemaluan lelaki yang dihantar kepada pengadu dalam perbualan wanita itu dengan Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 37.

Untuk info, Ebit Liew didakwa atas 11 pertuduhan, termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.

Pendakwah selebriti itu sebelum ini dikenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sekiranya didapati bersalah, Ebit Liew bakal berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas