Connect with us

Oh! Media

Imam Meninggal Dunia Dilanggar Imam Pertama Surau Selepas Tunaikan Solat Subuh

Polis1

Trending

Imam Meninggal Dunia Dilanggar Imam Pertama Surau Selepas Tunaikan Solat Subuh

Seorang imam di sebuah surau di Taman Bukit Kajang, Kajang meninggal dunia selepas dilanggar kereta yang dipandu imam pertama surau berkenaan. Allahu, kesiannya..

BACA : Terlanggar Anjing, Seorang Lelaki Meninggal Dunia Terperosok Bawah Bas

Menurut laporan Berita Harian, kereta yang dipandu imam pertama yang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar imam kedua yang berusia 78 tahun dan seorang lagi jemaah berusia 76 tahun yang cedera parah.

IKLAN

Kejadian dikatakan berlaku pada awal pagi semalam di perkarangan surau selepas menunaikan solat Subuh berjemaah dan ianya dikatakan sendiri Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at.

Ketiga-tiganya baru selesai solat Subuh dan mahu pulang ke rumah masing-masing di Taman Kajang Jaya.

Dua mangsa berada di perkarangan surau ketika pemandu PERODUA Myvi mengundurkan keretanya dari bahagian lot parkir sebelum terlanggar sedikit bahagian belakang sebuah kenderaan lain.

Imam kedua itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi jemaah itu mengalami patah lutut kanan dan patah pergelangan kaki kiri. 

Siasatan masih lagi diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas