Connect with us

Oh! Media

Terlanggar Anjing, Seorang Lelaki Meninggal Dunia Terperosok Bawah Bas

anjing

Trending

Terlanggar Anjing, Seorang Lelaki Meninggal Dunia Terperosok Bawah Bas

Kejadian di Sultan Nazrin Shah, Ipoh, seorang lelaki telah meninggal dunia terperosok bawah bas apabila motosikal yang dibawanya terlanggar seekor anjing.

ADVERTISEMENT

BACA: Langgar Lembu Melintas, Bayi 14 Hari Meninggal Dunia

Menurut laporan Kosmo, mangsa merupakan seorang lelaki berumur 26 tahun dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Langgar seekor anjing yang sedang melintas

anjing
Gambar hiasan

Asisten Komisioner Yahaya Hassan, Ketua Polis Daerah Ipoh berkata, mangsa telah terlanggar seekor anjing yang sedang melintas dengan motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Mangsa tercampak di tengah jalan sebelum sebuah bas dari arah sama gagal memberhentikan kenderaan dan mengelak lalu terlanggar mangsa.

Mangsa yang tersepit di bawah tayar kiri hadapan bas mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak hospital.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut masih sedang dijalankan. Semoga keluarga mangsa tabah menerima pemergian ahli keluarganya ini.

Semoga semua lebih berhati-hati di atas jalan raya dan sentiasa berwaspada akan haiwan yang melintas di jalan raya. Dah banyak kes macam ni berlaku dan mengakibatkan kematian pemandu dan penunggang motosikal.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas