Connect with us

Oh! Media

Idea 4 Hari Bercuti: 10 Tarikan & Aktiviti Wajib Cuba Di Singapura 2024

Trending

Idea 4 Hari Bercuti: 10 Tarikan & Aktiviti Wajib Cuba Di Singapura 2024

Sebut saja Singapura, apa yang bermain di fikiran korang? Universal Studios Singapore, Merlion atau Haji Lane semata? 

Come on guys! Banyak lagi tarikan dan aktiviti korang boleh buat kalau travel ke sana. Jom kami kongsikan untuk korang take note sebelum rancang percutian.

Aktiviti paling fun di Jewel Changi Airport

Changi Vortex

Flight pagi, bermakna banyak lagi masa sebelum boleh check in hotel. Jangan tak tahu ada banyak aktiviti boleh dilakukan di Changi Airport. Atau hari terakhir nak all out di sini pun okay, sebelum naik flight boleh bergembira sakan dulu untuk one last time.

IKLAN

Saksikan keindahan air terjun indoor tertinggi dunia ini atau dikenali sebagai HSBC Rain Vortex. Air terjun ini dikelilingi hijau pohon-pohon seakan satu alam penuh magikal. Jangan lepaskan peluang bergambar atau ambil video banyak-banyak di sini.

Cabar keberanian dengan Walking Net

Walking Net Changi Airport

Pernah terfikir untuk berjalan di atas jaring setinggi 25 meter? Nak cabar keberanian korang? Jom cuba aktiviti ni, barulah tahu siapa yang gayat, siapa yang berani antara korang.

Sentosa 4D Adventureland

Sentosa 4d Land

Rasai sendiri pengalaman ride paling imersif di Sentosa 4D Adventureland. Seronok kalau ramai-ramai satu family enjoy ride penuh mengujakan ini bersama-sama.

Favourite kami tentulah Haunted Mine Ride yang penuh mendebarkan. Ada juga ride yang tak kurang hebat lain seperti Extreme Log Ride dan Desperado.

Healing sambil dekati alam di Sentosa Nature Discovery

Sentosa Nature Gallery

Kembali ke alam semula jadi yang menenangkan sambil ditemani bunyi unggas rimba di Sentosa Nature Discovery.

Sentosa Nature Discovery Canopy Walk

Terdapat laluan canopy untuk pengunjung mendekati sendiri alam di sekeliling. Sebelum memulakan perjalanan ke Imbiah Trail, jangan lupa dapatkan pelbagai informasi berguna di Sentosa Nature Discovery Gallery.

Santai-santai di Fort Canning

Fort Canning Singapore

Bukit ini pernah menjadi kota pertahanan pada 1861 di mana kubu dibina oleh pihak tentera ketika itu.

Bukit ini berketinggian 47 meter dan terletak di bahagian pusat negara ini dan menjadi lokasi popular untuk pelbagai aktiviti seperti pameran, konsert serta aktiviti rekreasi.

OOTD di Fort Canning Tunnel

Fort Canning Tunnel

Dah sampai Fort Canning, jangan lepaskan peluang bergambar atau ber-OOTD di lokasi terowong paling ikonik dan aesthetic ini.

Tapi harus diingatkan, korang kena datang awal pagi untuk mengelakkan perlu beratur panjang kerana ramai pelancong yang akan beratur untuk mengambil peluang mengabadikan kenangan di sini.

New Bahru lokasi kelompok kreatif jenama lokal

New Bahru Singapore

New Bahru menjadi lokasi untuk korang yang mahu melihat lebih dekat jenama-jenama tempatan Singapura di bawah satu bumbung.

New Bahru Workshop

Ada pelbagai kafe, butik fesyen, bengkel aktiviti seni dan kecerdasan seperti pilates dan yoga turut tersedia di ini.

Jejaki seni bina aesthetic keliling kota

851x315 1200 X 675 Px 66
851x315 1200 X 675 Px 67

Istimewa untuk penggemar mobilegrafi yang suka menghargai  seni bina penuh aesthetic, jom teroka bangunan dan pencakar langit sekitar Kota Singa ini.

Setiap satu darinya mempunyai sejarah dan stail tersendiri yang unik serta sukar didapati di negara lain.

Mural dan street art jangan dilupa

Kampong Gelam

Orang Singapura begitu menghargai hasil karya seni jalanan atau street art. Di mana-mana sahaja karya ini boleh didapati.

851x315 1200 X 675 Px 68

Jangan lepaskan peluang untuk mencari dan menghargai hasil kerja ini. Street art ini banyak didapati di kawasan tumpuan ramai seperti Haji Lane, Kampong Gelam dan Little India.

Keajaiban dunia penuh magik Illumi

851x315 1200 X 675 Px 69

Acara yang akan membuatkan bukan sahaja anak-anak, malahan sekeluarga pun terpegun dengan olahan bunyi, cahaya dan multimedia.

Illumi Singapore ini julung-julung kali dianjurkan di sana dengan mempertaruhkan pelbagai segmen rekaan lampu penuh magikal untuk diteroka.

Untuk info lanjut mengenai lokasi tarikan pelancong, tips dan trick ketika berada di sana, jom follow Instagram Visit_Singapore.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas