Branded
7 Makanan Wajib Cuba Kalau Ke Singapura
Singapura yang juga dikenali sebagai Kota Singa, terkenal dengan tarikan pelancongan dan juga pengalaman kulinari. Pengaruh kepelbagaian kaum menjadikannya antara destinasi syurga makanan. Kaki makan, kena pergi sekali, confirm nak repeat lagi.
Jom kami kongsikan 7 makanan wajib korang try sendiri kalau travel ke sana:
Wingstop

Tertarik dengan menu ayam boneless dengan sos Kecap Manis. Memang lain dari yang lain. Pertama kali cuba menu sebegini. Mungkin agak pedas dan seakan sambal kicap di Malaysia.
Mango Habanero dengan memberikan rasa manis-manis pedas. Sukakan sesuatu berkeju? Pesan je Louisiana Rub. Confirm tak cari lain.
Lokasi:
-Wingstop Bedok Mall, New Upper Changi Road
-Wingstop Bishan, Jalan Pemimpin
-Wingstop Buangkok Square, Buangkok Square Mall
-Wingstop Bukit Batok, Bukit Batok Street
Andes by Aston

Portion yang sangat besar. Memang puas hati order, boleh dimakan dua orang pun cukup. Kami pesan menu Chicken & Fish yang dihidangkan dengan 2 sampingan (potato wedges & onion rings).
Fillet ikan digoreng rangup dalam batter dan breadcrumb, manakala ayam bakar dimasak secukupnya dan masih juicy.
Lokasi: Andes by Aston, Changi Airport Terminal 4
Aiskrim Sandwich Uncle Chieng

Aiskrim potong dimakan dengan roti gebu lagi lembut. Ringkas tapi sedap dia lain macam, memang pergi jauh.
Ada 17 perisa aiskrim untuk dipilih kesemuanya. Paling favourite semestinya durian dan kelapa. Ada juga alternatif pilihan waffle!
Lokasi: Berdepan Takashimaya Shopping Centre, Orchard Road
Komala Vilas

Restoran ini menghidangkan menu asli dari India. Uniknya kesemua hidangan sesuai untuk vegetarian.
Kami order Rawa Dosai, Vegetable Briyani, Cheese Naan, Masala Tea dan Mango Lassi, patutlah selalu penuh restoran dengan pelanggan!
Lokasi: Komala Vilas, Serangoon Road
Good Old Days

Good Old Days adalah restoran yang menawarkan hidangan tempatan yang membawa nostalgia dengan citarasa klasik. Terletak di Sentosa Island, restoran ini menyajikan makanan seperti nasi lemak, laksa, dan nasi ayam.
Nak cuba citarasa asli Singapura, mesti kunjungi ke outlet ini.
Lokasi: Good Old Days, Siloso Beach Walk, Sentosa Island
Mutiara Seafood
Signature Chilli Mud Crab! Kami jamin korang tak akan menyesal memesan menu ini kalau ke sana. Isi ketam cukup manis, segar dan diperasakan dengan cukup enak.
Selain itu, udang celup tepung dalam sos masam manis antara kegemaran ramai pelanggan kalau ke sini. Pencuci mulut jangan lupa pesan Aiyu Jelly dengan limau nipis dan aloe vera, segar, sedap dinikmati sejuk-sejuk.
Lokasi: Mutiara Seafood, 1 Engku Aman Turn
Irvins

Snek kegemaran untuk dibawa pulang oleh pelancong sebagai buah tangan. Kalau dulu hanya ada snek kulit ikan salmon perisa telur masin, sekarang ada bermacam perisa baru untuk dicuba.
Ada Jalapeno Cheese, Sour Cream, Spicy dan Black Pepper. Ramai yang suka kerepek kentang mereka. Memang satu pek tak cukup!
Lokasi:
-Changi Airport, T1 Departure (Berhampiran Gate C, bertentangan Paul)
-Changi Airport, T2 Departure Lounge (Berhampiran Gate F, bertentangan Hermes)
-Orchard Gateway L1-K3 (Bertentangan 6ixty8ight)
-Bugis Junction 01-K12 to K14 (Di seberang Bugis Street)
Bukan makan-makan je, jom tengok apa lagi yang menarik di Singapura dengan tonton video ni:
Jom follow Instagram @visit_singapore untuk lebih tempat-tempat makan menarik dan lokasi tarikan mesti pergi kalau korang ke sana. Jom!

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM