Connect with us

Oh! Media

Ibu Terlantar Sakit Hanya Mampu Melihat Anak Mati Dibunuh & Putus Tangan Kiri Depan Mata

Trending

Ibu Terlantar Sakit Hanya Mampu Melihat Anak Mati Dibunuh & Putus Tangan Kiri Depan Mata

Seorang remaja perempuan ditemui mati dengan pergelangan tangan kirinya putus semalam. Mangsa yang baru saja berusia 19 tahun itu dipercayai telah dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya, Kampung Lubok Batu, Telemong.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Harian Metro, adik mangsa yang baru pulang dari sekolah menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya kira-kira jam 2.30 petang. Turut mendapati yang terdapat kesan kecederaan lain dibahagian muka dan badan.

Apa yang menyedihkan, ibu mereka yang mengalami penyakit kanser otak dan terlantar sakit dirumah hanya mampu melihat ketika kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam.

Kejadian dikatakan hanya dilakukan oleh seorang individu dan siasatan masih lagi dijalankan. Barangan yang hilang hanya membabitkan wang tunai kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar.

Kejam betul! Sanggup bunuh sebab nak samun punya pasal. Harap individu yang berbuat demikian akan mendapat balasan yang setimpal.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca remajanmati dibunuh di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas