Connect with us

Oh! Media

Ibu Tangmo Maafkan Dua Rakan, Ditawar Pampasan 30 Juta Baht?

Article 1 6 3

Trending

Ibu Tangmo Maafkan Dua Rakan, Ditawar Pampasan 30 Juta Baht?

Ibu kepada pelakon Thailand, Tangmo Nida yang didapati lemas seminggu lepas memaafkan dua rakan lelaki yang bersama dengan Tangmo di atas bot semasa hari kejadian.

BACA: Cuai Dan Beri Kenyataan Palsu, Lima Individu Naik Bot Bersama Tangmo Akan Didakwa?

Menerusi laporan Harian Metro, Ibu Tangmo, Panida Siriyuthayothin menyatakan dia tidak memaafkan rakan-rakan Tangmo yang lain, kecuali dua orang, iaitu pemilik bot laju Tanupat Por Lerttaweewit dan pemandu bot Phaiboon Robert Trikanjananun.

IKLAN

Mungkin kematian disengajakan

202203051558 maincropped 1646470722

Tangmo yang ditemui mati telah menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk kemungkinan kematiannya disengajakan.

Rakan Tangmo, Por, dikatakan telah menelefon Panida sehari selepas kejadian dan meminta maaf atas apa yang terjadi pada Tangmo serta menawarkan pampasan dengan jumlah yang besar.

Dia berjanji untuk menjaga saya seperti dilakukan Tangmo. Saya memaafkannya kerana dia berterusan cuba menghubungi saya dan dia tahu saya sedang marah.

Andai kata Tangmo memperoleh 1 juta baht daripada siri TV. Jika dia hidup selama 30 tahun lagi, saya boleh darabkan jumlah itu dengan 30. Ini masih tidak termasuk kehilangan pendapatan daripada sesi bergambar sebagai model.

Panida ditawarkan untuk menerima pampasan berjumlah 30 juta baht, iaitu berjumlah RM3.8 juta. Namun, Panida menyatakan pampasan itu bukanlah sebab dia memaafkan kedua-dua rakan Tangmo yang merupakan suspek kematian.

Ramai pihak terkejut dan berpendapat Panida menerima pampasan tersebut kerana mengalami masalah kewangan. Panida juga menyatakan sebab dia tidak memaafkan pengurus Tangmo kerana pengurusnya itu hanya menelefonnya 3 hari selepas Tangmo mati.

Semoga kes Tangmo Nida ini dapat diselesaikan dengan segera.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas