Connect with us

Oh! Media

Cuai Dan Beri Kenyataan Palsu, Lima Individu Naik Bot Bersama Tangmo Akan Didakwa?

Trending

Cuai Dan Beri Kenyataan Palsu, Lima Individu Naik Bot Bersama Tangmo Akan Didakwa?

Pelakon terkenal dari Thailand, Tangmo Nida disahkan meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh daripada bot.

ADVERTISEMENT

Punca kematian disahkan pihak polis selepas pemeriksaan forensik selesai.

BACA: Polis Thailand Sahkan Tangmo Nida Mati Lemas

Memetik laporan Bangkok Post, lima individu yang menaiki bot bersama selebriti itu berkemungkinan berdepan dakwaan cuai sehingga menyebabkan kematian dan memberi kenyataan palsu kepada pihak polis.

Lima individu tersebut adalah pengurus peribadi  Idsarin “Gatick” Juthasuksawat, Wisapat “Sand” Manomairat, Nitas “Job” Kiratisoothisathorn, pemilik bot Tanupat “Por” Lerttaweewit dan Phaiboon “Robert” Trikanjananun.

Pemilik bot Tanupat dan Phaiboon kedua-duanya berdepan dakwaan mengendalikan bot tanpa lesen dan kecuaian sehingga mengakibatkan kematian.

Bahagian Teknologi Jenayah (TCSD) yang menjejak telefon Tanupat berjaya menemui bukti bahawa dia ada mengaku kepada beberapa orang menyatakan ketika kejadian Tangmo lemas, bot dipandu oleh Phaiboon.

Lapor Bangkok Post lagi, Phaiboon didakwa tidak mempunyai pengalaman profesional mengendalikan bot menyebabkan bot hilang kawalan.

Perkara itu menyebabkan Tangmo yang berada di belakang bot berpaut pada kaki Wisapat. Wisapat yang bimbang akan terjatuh mendakwa menggoyangkan kakinya menyebabkan Tangmo jatuh dan paha kanannya terkena bilah kipas bot.

Sementara itu, sumber lain memberitahu Mr Nitas telah memberikan kenyataan bercanggah kepada polis mengenai cara bot dikendalikan malam itu.

Dia merupakan satu-satunya saksi yang memberitahu penyiasat bot tersentak dengan tiba-tiba menyebabkan Tangmo terjatuh.

Malah, Phaiboon juga gagal hadir ke lakonan semula polis mengenai kejadian menggunakan bot laju model yang sama. Dia mendakwa mengalami tekanan darah tinggi.

Dalam lakonan semula yang lain, polis merancang untuk menaiki bot yang sama ke sungai untuk mensimulasikan perjalanan dengan cara yang sama seperti mana kejadian malam itu.

Bot akan berjalan pada kelajuan yang sama dan di laluan yang sama berdasarkan GPS yang mereka perolehi. Penyiasat akan menguji dakwaan mereka bahawa tidak mendengar apa-apa ketika mangsa terjatuh.

Kredit: Bangkok Post | Malaysia Kini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas