Connect with us

Oh! Media

Ibu Mangsa Dedah Keadaan Anak Lepas Tengok Gambar Tak Senonoh CEO Batu

Ohmedia ceo Batu

Trending

Ibu Mangsa Dedah Keadaan Anak Lepas Tengok Gambar Tak Senonoh CEO Batu

Ibu kepada remaja 14 tahun yang dikenali sebagai Qalisya tampil bersuara selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu.

Menurut laporan mStar, Ieja Cazendra atau nama sebenarnya Anieza Salleh berkata yang anaknya kini mengalami gangguan emosi dan trauma akibat insiden yang berlaku.

Dia minta maaf dan rayu jangan tularkan, tapi saya nekad mahu bawa kes ini ke pengadilan. Ini soal maruah anak saya.

CEO Batu minta maaf, tapi…

Difahamkan, sebelum isu ini tular, pempengaruh tersebut telah menghubungi ibu mangsa dan mengaku kesilapan, serta meminta agar perkara itu tidak diperbesarkan.

IKLAN

Namun bagi Ieja, permintaan maaf itu tidak cukup untuk menghapuskan trauma yang dialami oleh anaknya.

Saya tak boleh maafkan senang-senang. Selepas ni saya akan lebih pantau dengan siapa anak saya berkawan atau mesej.

Caprice turut campur tangan

Ceo Batu

Nama CEO Batu menjadi tular selepas penyanyi dan aktivis Caprice mendedahkan beberapa mesej tangkap layar yang dipercayai dihantar kepada mangsa.

Caprice turut mendedahkan bahawa ibu kepada mangsa menghubunginya secara peribadi untuk mendapatkan bantuan berkaitan gangguan tersebut.

Antara mesej yang didedahkan termasuk gambar tidak senonoh yang dikatakan sebagai parut pembedahan, namun disifatkan sebagai berunsur lucah dan tidak wajar dihantar kepada remaja bawah umur.

Pssttt! Pantau pergaulan anak-anak terutama di media sosial. Dunia digital hari ini penuh risiko, jangan tunggu tragedi sebelum bertindak. Maruah dan emosi anak lebih berharga daripada segalanya.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas