Connect with us

Oh! Media

Ibu Kandung Bersama Teman Lelaki Dera Anak Sehingga Meninggal Dunia

F4962504 8848 44e2 893e a354aee1b5d6

Trending

Ibu Kandung Bersama Teman Lelaki Dera Anak Sehingga Meninggal Dunia

Tanggungjawab ibubapa bagi membesarkan anaknya adalah dengan didikan yang secukupnya dan bukannya mendera. Inilah yang terjadi apabila seorang ibu tergamak mendera anak kandungnya sendiri sehingga meninggal dunia. Apa kes ni?

BACA : Kanak-Kanak Disyaki Jadi Mangsa Dera Bapa, Dipaksa Mengemis Di Chow Kit

Kejadian berlaku di Bandar Baru Bangi pada minggu lepas dan wanita tersebut didakwa melakukan pembunuhan itu bersama teman lelakinya di Mahkamah Majistret hari ini. Walaubagaimanapun, tiada pengakuan dibuat kedua-dua mereka.

IKLAN
3a166ddc 7967 4be8 a82d f162bd0e42e4
Sumber gambar Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh berusia 35 tahun yang merupakan ibu kandung kepada si mangsa didakwa sengaja membunuh mangsa bersama teman lelakinya yang berusia 34 tahun di sebuah rumah di Seksyen dua, Bandar Baru Bangi, antara jam 6.30 pagi hingga 10.41 malam pada 2 September lalu.

Kedua-dua mereka dituduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pada awalnya, mangsa mengalami cedera parah di bahagian badan kerana disyaki didera ibu kandungnya bersama teman lelaki. Kemudian, mangsa dimasukkan ke sebuah hospital swasta sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahu, kesian dekat budak tu. Apalah salah dia sampai diperlakukan sebegitu. Semoga kita semua dijauhkan dari perkara sebegini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.  

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas