Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Serah Diri Lepas Video Anak 10 Tahun Memandu Ke Sekolah Viral

Tiktok 1

Trending

Ibu Bapa Serah Diri Lepas Video Anak 10 Tahun Memandu Ke Sekolah Viral

Gara-gara memuat naik kandungan yang melanggar undang-undang di media sosial, pengguna TikTok @shimahali1 telah mendapat pelbagai kecaman netizen.

BACA: (Video) Cikgu Memandu Langgar Lari Motosikal, Tapi Kantoi Sebab Nombor Plat Tertanggal

Menerusi rakaman yang dimuat naik, dia menunjukkan anak lelaki yang baru berusia 10 tahun memandu sendiri ke sekolah.

IKLAN

Bersama rakaman itu, pengguna TikTok ini berkata, mama terlalu lambat hantar anak menyebabkan anak-anak ke sekolah sendiri menaiki sebuah kereta berwarna merah.

Drive

Terbaru, Harian Metro melaporkan pasangan suami isteri yang merupakan ibu bapa kanak-kanak dalam video tular tampil menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib, tiga orang anak turut hadir bersama ibu bapa mereka ke balai polis untuk membantu siasatan.

Jelasnya lagi, siasatan awal mendapati kejadian berlaku 7 pagi Selasa lalu di pekan Nanas Pontian ketika mereka bersiap ke sekolah.

Ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui Tiktok@shimahali 1 yang memaparkan video itu adalah akaun miliknya.

Kini, kes disiasat siasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak di bawah umur memandu kenderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Tambah Mohammad Shofee lagi pemilik kenderaan boleh disaman mengikut Seksyen 39 (5) APJ 1987.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas