Connect with us

Oh! Media

Ibu Aliff Aziz Doa Supaya Kesulitan Anaknya Berakhir Segera

Trending

Ibu Aliff Aziz Doa Supaya Kesulitan Anaknya Berakhir Segera

Masih hangat isu khalwat Aliff Aziz sehingga ahli keluarga juga terpalit sama dalam kontroversi ini. Ibu kepada pelakon itu, Siti Hafiza mendoakan kesulitan anaknya diangkat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Allah Masih Tutup Aib Anda” – Ibu Aliff Aziz

Menerusi posting Instagram Aisyah Aziz, akaun Instagram milik ibunya, Siti Hafiza Basharahil penuh dengan komen negatif dari netizen untuk ahli keluarganya.

Bagaimanapun, Siti Hafiza sentiasa bersabar mengharungi ujian dan sentiasa cuba untuk berlapang dada walaupun pada awalnya tidak menerima apa yang telah berlaku.

Adik perempuan Aliff Aziz, berkata bertahun lamanya tidur malam ibunya diganggu akibat kecaman yang diterima.

Kegelisahan lewat malam menerusi panggilan telefon terpaksa ibu tanggung selama bertahun-tahun.

Dalam pada itu, Aisyah berkata dia saksi banyak pengorbanan yang dilakukan ibunya demi keluarga dan akan mengingati satu persatu tentangnya.

Ramai percaya mereka tidak boleh berubah kerana kesuntukan masa tapi saya bertuah kerana dapat menyaksikan perjalanan ibu yang sabar dan penuh keinsafan.

Sebelum ini, ibu pelakon kontroversial itu memuat naik video pendek Aliff Aziz pulang ke Singapura untuk bertemu dengan ahli keluarganya.

Hafiza juga didakwa sudah tidak mengikuti akaun Instagram milik menantunya Bella Astillah berikutan isu khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies.

Walau bagaimanapun, hasil pemerhatian Oh! Media mendapati Aisyah Aziz telah padam posting untuk ibunya di Instagram.

Kredit: Aisyah Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas