
Trending
“Ia Macam Satu ‘Mesej’ Daripada Allah SWT” – Sukarelawan Termuda Berusia 25 Tahun, Haroqs Nekad Sertai Misi Kemanusiaan
Seorang anak muda berusia 25 tahun, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih mesra dikenali sebagai Haroqs menjadi perhatian ramai selepas terpilih menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Menurut laporan Harian Metro, Haroqs merupakan antara peserta termuda dalam kalangan 34 sukarelawan Malaysia yang menyertai pelayaran bersejarah ini.
“Saya anggap ini panggilan Allah” – Haroqs
Bagi Haroqs, peluang itu adalah doa yang termakbul.
Saya memang nak pergi sangat ke sana sebab selalu berdoa kepada Allah SWT untuk jemput saya ke bumi Palestin. Jadi, saya terus setuju untuk sertai misi waktu terima tawaran kerana ia macam satu ‘mesej’ daripada Allah SWT.
Walaupun kesihatannya tidak begitu baik ketika menerima panggilan pada 12 Ogos lalu, Haroqs tetap menerima tawaran itu kerana menganggapnya sebagai peluang keemasan yang tidak wajar dilepaskan.
Pengalaman sukarelawan sebelum ini
Bukan kali pertama, Haroqs pernah menyertai misi kemanusiaan di Syria, Turkiye, Lubnan, Jordan dan Afghanistan sebelum ini. Namun, beliau menyifatkan misi ke Gaza kali ini sebagai paling besar dan bermakna.
Misi kali ini bukan sekadar bantuan, tapi juga satu cara untuk berdakwah.
Restu keluarga jadi kekuatan
Haroqs yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian di UPSI berkata, sokongan keluarga terutama ibu bapanya, Rashidah Nor Mohd Nordin dan Adzrami Mohd Zamri, menjadi kekuatan utama.
Emak dan ayah pesan untuk berhati-hati dan jangan tinggal solat. Jadi, saya berharap hajat nak sampai ke Gaza tercapai kerana ia bukan untuk diri sendiri tapi demi saudara Islam di sana.
Pssttt! Berbakti tidak mengenal usia. Keberanian anak muda seperti Haroqs mengingatkan kita bahawa doa, restu ibu bapa dan keikhlasan hati mampu membuka jalan untuk perjuangan besar.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
