Connect with us

Oh! Media

“I Sayang You Hingga Tiba Masa Allah Pisahkan Kita” – Sambut Anniversary Di GV9, Ucapan Nabil Bikin Netizen Sebak

Trending

“I Sayang You Hingga Tiba Masa Allah Pisahkan Kita” – Sambut Anniversary Di GV9, Ucapan Nabil Bikin Netizen Sebak

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad tampil membuat kejutan buat isterinya, Nazira Ayup ketika mengacarakan program realiti Gegar Vaganza Musim Ke-9 (GV9) malam tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: “Selalu Jihan Kawal Nabil” – Terlalu ‘Hyper’ Jadi Host GV, Kak Lina Buat Ramai Terhibur

Menerusi video yang dimuat naik pengguna di TikTok, sejurus selepas Pat Candy membuat persembahan, Nabil menjemput isterinya untuk naik ke atas pentas bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

@ceobissnespropozel Kak Lina pompom pun menyanyikan lagu🤣😂😅👏✌️#kaklinapompom #gv9 #bintangkembalimenyengat #gegarvaganza9 ♬ original sound – Username : Tomato😊

Sejurus selepas naik ke atas pentas, Nabil menitipkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat isterinya yang sentiasa bersabar sepanjang mendirikan rumah tangga bersama.

Terima kasih sayang sebab sudi bersabar, bertahan. Menjadi ibu untuk tiga orang anak bukan mudah. Saya nak minta tuan-tuan semua yang menonton, yang ada di sini (auditorium) dan di rumah doakan kebahagiaan kami.

Bukan itu sahaja, doa nabil untuk menyayangi Zira hingga akhir hayatnya turut membuatkan satu auditorium bersorak sebagai tanda terharu dengan tindakan pengacara itu.

I sayang you sehingga tiba masa Allah pisahkan kita.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mendengar ucapan nabil yang sangat menghargai isterinya itu.

Sweet betul dengar kata-kata Nabil, tapi Kak Lina dekat belakang tu kenapa? Potong mood nak sebak hahaha.

Kredit: TikTok Tomato

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

Ke Atas