Connect with us

Oh! Media

Hummer H2 Hangus, Dua Individu Hampir Terbakar

dua individu hampir terbakar

Trending

Hummer H2 Hangus, Dua Individu Hampir Terbakar

Dua individu hampir terbakar di Plaza Tol Seafield menghala Subang Jaya, apabila kereta mewah yang dipandu mereka, Hummer H2 mengeluarkan asap di bahagian bawah kereta.

ADVERTISEMENT

BACA: Kanak-Kanak 9 Tahun Jadi Wira, Selamatkan Nyawa Dua Adik Daripada Terbakar

Dua individu yang hampir terbakar dalam kereta tersebut berjaya menyelamatkan diri sebelum kereta mereka hangus terbakar.

90 peratus musnah

dua individu hampir terbakar
Hummer H2 terbakar (Foto: Utusan)

Menurut Utusan, Norazam Khamis, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, mereka telah mendapat panggilan pada jam 5.12 petang. Anggota bomba kemudiannya sampai di tempat kejadian 19 minit selepas panggilan masuk.

Hummer H2 ini dipandu oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bersama seorang wanita. Mereka berdua berjaya meloloskan diri dari terbakar apabila sedar akan kepulan asap yang muncul dari bawah kenderaan.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba, dan kemusnahan kereta itu kira-kira 90 peratus.

Nasib baik pemandu dan penumpang selamat larikan diri. Semoga lepasni semua lebih berhati-hati dan peka akan keadaan sekeliling ya.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas