Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak 9 Tahun Jadi Wira, Selamatkan Nyawa Dua Adik Daripada Terbakar

Oh! Tidak

Kanak-Kanak 9 Tahun Jadi Wira, Selamatkan Nyawa Dua Adik Daripada Terbakar

Kebakaran merupakan suatu bencana yang berpunca daripada api atau pembakaran secara tidak terkawal yang dibuat secara sengaja atau pun tidak.

ADVERTISEMENT

BACA: Kebakaran Melibatkan Dua Buah Lori, Seorang Pemandu Dilaporkan Rentung

Kejadian itu lazimnya akan menyebabkan kerosakan atau kemusnahan pada binaan serta mampu mendatangkan kecederaan atau kematian kepada manusia.

Umum mengetahui, kejadian tersebut sering kali berlaku di negara ini dan rata-ratanya berpunca daripada kecuaian dari peralatan api di dapur.

Oleh itu, masyarakat khususnya kepada ibubapa perlulah memastikan rumah mereka lengkap dengan ciri-ciri keselamatan serta menjauhkan perkara yang boleh menjadi punca kebakaran daripada anak-anak.

Kanak-kanak 9 tahun jadi wira

Terbaharu, sebuah rumah yang diduduki oleh tiga orang kanak-kanak di Jalan Abadi Height 1/20 Pulau Meranti, Puchong telah berlaku kebakaran, hari ini.

Namun, tindakan pantas seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun berjaya menyelamatkan nyawa dua adiknya daripada kebakaran tersebut.

Kanak-kanak itu dikatakan cuba menyelamatkan adik-adiknya dengan keluar melalui pintu sliding sebaik menyedari kebakaran berlaku di bahagian bilik stor rumahnya.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya telah menerima panggilan kejadian pada pukul 10.15 pagi dan seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Seramai 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat yang merupakan bangunan kelas A terbakar 10 peratus di bahagian bilik stor. Petugas berjaya padam kebakaran itu

Menurutnya, tiga orang kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun yang berada dalam rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu sliding ketika bomba tiba.

(Kiri) Pihak Bomba sedang memadamkan kebarkaran, manakala (Kanan),Tiga kanak-kanak berusia satu hingga sembilan tahun berjaya diselamatkan. (Sumber: Sinar Harian)

Norazam juga turut dimaklumkan bahawa ketika kejadian, ibu dan bapa kepada tiga orang kanak-kanak itu telah keluar bekerja.

Kita dimaklumkan juga ketika kejadian ibu dan bapa mereka keluar bekerja.

Bagaimanapun, tiada yang mengalami kecederaan serius, cuma kanak-kanak berusia sembilan tahun itu mengalami sesak nafas akibat panik dan telah diberikan bantuan pernafasan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top