Trending
Hubungan Hambar Selepas 15 Tahun, Wanita Doa Ketika Menunaikan Umrah & Suami Berubah Mengejut!
Pada
Oleh
Tidak semua perkahwinan itu indah, setiap hubungan ada pasang dan surutnya. Itulah lumrah perkahwinan.
Seorang wanita baru-baru ini berkongsi tentang perkahwinannya menjadi hambar setelah 15 tahun bersama. Menurut wanita tersebut, hubungan mereka bertahan hanya kerana anak-anak.
Bila perkahwinan memasuki umur sedekad. Anda faham-faham je la. Saya selalu ungkapkan ‘tinggalkan saja saya’ sebab saya rasa hubungan kami ni terikat hanya kerana anak je. Tak ada istimewa antara kami. Saya rasa kosong.

Menerusi hantarannya di TikTok, wanita itu mengerjakan umrah pada Oktober 2024 bersama suami dan secara bersendirian selama 20 hari pada Disember tahun yang sama.
Saya tak pernah doakan suami langsung sebab saya dah ikhlas terima jalan yang Allah beri. Saya ulang-ulang doa, ‘Ya Allah, isi la rasa kosong itu dengan rasa mencintai-Mu.

Dengan kuasa Allah SWT, sebaik wanita itu tiba dari tanah suci, terdapat perubahan besar yang berlaku pada suaminya.
Lelaki itu kembali menjadi lebih penyayang dan menghargai dirinya jauh lebih baik dari sebelum ini. Perasaan syukur dan gembira wanita itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata diatas perubahan yang berlaku terhadap suaminya.
Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah, Allah bukan sahaja penuhkan hati saya dengan cinta kepada-Nya, tapi juga menyedarkan suami tentang apa yang dia abaikan selama ini.
Kisah ini mengingatkan kita tentang pentingnya doa dan keikhlasan dalam menghadapi cabaran rumah tangga. Letakkan kebergantungan kepada Allah sebagai keutamaan, dan jangan pernah putus harapan dalam memohon petunjuk. Perubahan yang positif sering bermula dari hati yang reda dan ikhlas.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Mawi berkongsi momen bertemu semula dengan Syamsul Yusof selepas sekian lama dan menitipkan kata-kata semangat buat...
Netizen tegur YB Syed Saddiq dan Bella, ingatkan orang ramai agar tidak normalisasikan maksiat.
K.O.I muncul juara AJL40 menerusi Tiwikarma, manakala Aina Abdul turut mencuri perhatian dengan dua kemenangan.
Bayi tersebut dipercayai terdedah kepada bahan terlarang ketika masih dalam kandungan.
JIM tetapkan tempoh sah laku maksimum pasport Malaysia 10 tahun selepas isu kesulitan ke luar negara.