Connect with us

Oh! Media

HTAR Siasat Laporan Adik Dea Maisarah ‘Brought In Death’

dea maisarah

Trending

HTAR Siasat Laporan Adik Dea Maisarah ‘Brought In Death’

Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dalam satu laporan media berkata, pihaknya akan menyiasat secara terperinci kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun (Dea Maisarah).

ADVERTISEMENT

Menurut pengarah, pesakit hadir dalam keadaan lemah bersama bapanya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR pada 9 Julai lalu.

Rawatan sewajarnya oleh Pakar Perubatan Kecemasan telah diberikan namun kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan. Kini, punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik, HTAR.

Terdahulu, tular di TikTok perkongsian seorang bapa mendakwa laporan kematian anaknya telah dipalsukan.

dea maisarah

Katanya, laporan kematian daripada pihak hospital menyatakan anaknya meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.

@mrwancaiofficial Dalam Permit Declare Adik Dea Maisarah Di Bawa Ke Hospital Dalam Keadaan Sudah Mati? Jangan Bermain Dengan Nyawa Manusia. Kerna Setiap Perbuatan Ada Kifarahnya. InshaAllah Kebenaran Pasti Berpihak Kepada Ibu Bapa Adik Dea Maisarah. Kita Lawan Penipuan. Semoga Individu Yang Terlibat Di Kenakan Tindakan. #Justice4AdikDeaMaisarah ♬ original sound – sirⓂ️enung

Pihaknya menafikan laporan itu kerana Dea Maisarah dibawa dalam keadaan masih bernyawa dan mereka menunggu sehingga 45 minit sebelum diperiksa.

Jelasnya, dia melihat anak meronta ketika pihak hospital cuba mengambil darah sehinggalah anak diikat untuk memudahkan prosedur.

@daddy_syifaa PART 1 : Perkongsian En. Bada mengenai kejadian pada hari Ahad 9 Julai 2023 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Disclaimer: perkongsian peribadi En. Bada selaku bapa arwah adik Dea Maisarah ini berdasarkan kejadian yang berlaku di hari kejadian dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak melainkan ia luahan hati seorang bapa. KLIK LINK PROFILE SAYA UNTUK BANTU EN. BADA MENDAPATKAN KEADILAN DI ATAS KEMATIAN ANAKNYA. #Justice4DeaMaisarah #YYCC #JusticePeaceHumanity ♬ Doaku_untukmu_sayang_ – Nana

Di TikTok, bapa En Bada menceritakan kronologi kes dan memohon pembelaan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa.

Kredit: Facebook HTAR | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas