Trending
Himpunan RXZ Members 7.0 Catat 150,000 Peserta, Jana Anggaran RM50 Juta Untuk Terengganu
Program yang berlangsung beri manfaat kepada ekonomi Terengganu.
Suasana di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu memang luar biasa apabila Himpunan RXZ Members 7.0 berjaya mengumpulkan lebih 150,000 peserta dari seluruh negara.
Memetik laporan Sinar Harian, program dua hari itu bukan sahaja jadi tumpuan peminat motor, malah memberi limpahan ekonomi luar biasa kepada negeri Terengganu.
Lebih mengejutkan, jumlah perbelanjaan peserta sepanjang program dianggarkan mencecah RM50 juta, sekali gus memberi peluang besar kepada peniaga kecil dan usahawan tempatan.
Peniaga kecil raih manfaat besar

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ariffin Deraman berkata, angka tersebut diperoleh berdasarkan perbelanjaan minimum peserta sepanjang program.
Kalau jumlah peserta 100,000 orang dan setiap seorang berbelanja minimum RM100, kita boleh jana sekitar RM10 juta. Tetapi jika perbelanjaan mereka mencecah RM500 seorang, pulangan ekonomi boleh mencecah kira-kira RM50 juta.
Beliau berkata, jumlah itu hanya anggaran dan belum mengira kesan lanjutan seperti penginapan, rumah inap, hotel, pasar dan pusat membeli-belah yang dipenuhi pengunjung sepanjang program.

Tambahnya, program ini juga memberi manfaat secara langsung kepada lebih 15,000 peniaga kecil berdaftar dengan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) serta lebih 20,000 peniaga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Mana taknya, homestay, hotel dan restoran semuanya penuh sepanjang dua hari program berlangsung!
Pssttt! Bayangkan, satu acara sahaja mampu memberi pulangan mencecah puluhan juta ringgit. Memang betul kata orang, hobi pun boleh jadi rezeki!
Kredit: Sinar Harian | RXZ Members Official
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM