Oh! Tidak
Tular Video Konvoi Peserta RXZ Members ‘Superman’ Sebelum Kemalangan
Kemalangan dipercayai berpunca daripada motosikal lain yang masuk ke lane kanan tanpa menoleh ke belakang.
Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan beberapa peserta program RXZ Members 7.0 yang dalam perjalanan ke Terengganu.
Mereka dilihat menunggang motosikal dengan aksi ‘superman’ sebelum sebuah motosikal di hadapan tiba-tiba masuk ke lane kanan tanpa menoleh ke belakang.
Video tular papar aksi ‘superman’ di jalan raya
Tindakan tersebut telah menyebabkan perlanggaran di antara peserta yang sedang menunggang laju.
View on Threads
Di ruangan komen, orang ramai menasihatkan penunggang motosikal supaya berhati-hati di jalan raya. Pastikan kenderaan ditunggang secara berhemah untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.



Seperti tahun-tahun sebelumnya, penganjuran program RXZ Members 7.0 dijangka menarik kehadiran lebih 100,000 penunggang motosikal RXZ dari seluruh negara.
Ketua Polis Terengganu, YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin mengingatkan penunggang supaya memastikan motosikal diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM