Trending
Heliza Helmi Ditahan Tentera Pendatang Haram, Suami Akhirnya Beri Respon
Heliza Helmi dilaporkan ditahan tentera Israel ketika sertai misi kemanusiaan. Suaminya, Mahadi Badrul Zaman kekal tenang dan yakin isteri serta pasukan selamat.
Selepas berita penahanan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi oleh tentera Israel tersebar, suaminya Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tampil dengan reaksi tenang.
Menurut laporan mStar, Mahadi berkata beliau hanya mengetahui tentang perkara itu selepas mendapat maklumat daripada perkembangan misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang disertai Heliza.
Sebenarnya saya baru dapat tahu dia kena tahan. Kali terakhir kami mesej adalah waktu selepas subuh tadi dan sekarang saya mesej hanya ada satu tick. Tapi apa boleh saya katakan, kita doa yang baik-baik.
“Insya-Allah pihak sana tak berani..” – Mahadi

Menurut Mahadi, beliau memilih untuk berfikiran positif kerana misi yang disertai isterinya itu dilakukan secara global dan aman dengan kehadiran wakil dari pelbagai negara.
Insya-Allah pihak sana (Israel) tak berani lakukan perkara ekstrem, tambah pula mereka pergi secara aman mahu hantar bantuan.
Yakin Heliza Helmi dan pasukan mampu hadapi situasi

Mahadi juga yakin keadaan masih dalam kawalan kerana kesemua ahli misi GSF terdiri daripada individu berpengalaman dalam bidang kemanusiaan dan undang-undang.
Saya reda dan yakin mereka yang ditahan akan selamat. Heliza dan Hazwani juga bukan kali pertama masuk Gaza, jadi saya percaya mereka tahu cara menghadapinya.
Beliau menambah, ada antara ahli misi itu merupakan peguam, sekaligus memberi keyakinan bahawa mereka mampu menguruskan sebarang cabaran yang berlaku.
Pssttt! Dalam perjuangan kemanusiaan, doa dan sokongan moral adalah kekuatan utama. Sama-sama kita doakan keselamatan Heliza dan semua aktivis yang berjuang demi ummah.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM