Connect with us

Oh! Media

“Hebat Tuan Rumah!” – Netizen Puji Tindakan Penduduk ‘Pagar’ Rumah, Elak Air Banjir Masuk

banjir

Trending

“Hebat Tuan Rumah!” – Netizen Puji Tindakan Penduduk ‘Pagar’ Rumah, Elak Air Banjir Masuk

Keadaan banjir di negeri pantai timur, terutama Terengganu dan Kelantan pada waktu ini memang sangat merisaukan kerana beberapa kawasan telah dinaiki air sehingga paras bumbung.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Wira’ Banjir, Azwan Omar Tiba Di Terengganu Untuk Salur Bantuan

Amaran banjir telah diberikan kepada negeri pantai timur dan ada segelintir penduduk yang bijak telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kawasan rumah dimasuki air banjir.

Menerusi perkongsian Mat Geo di Facebook, penduduk di Kelantan telah melakukan satu tindakan yang bijak, dimana mereka memagar keseluruhan kawasan rumah untuk mengelakkan air banjir masuk ke dalam rumah.

Dalam hantaran Facebook tersebut, tuan rumah itu telah mendapat pujian dan dikatakan sebagai seorang yang peka, analitikal dan terkedepan dalam menjangkakan apa yang cuaca bawakan, beberapa hari lebih awal.

Beg pasir yang digunakan dapat menahan air banjir kerana butirnya yang berat dan tindannya yang grip dan apabila menahan air, ia akan jadi lebih berat dan mencengkam antara satu sama lain atas bantuan pasir yang basah dan menghalang tiris.

@gegar.my Sediakan pagar sebelum banjir ✅ #Pilihan1PantaiTimur #BanjirKelantan ♬ original sound – GEGAR

Ramai netizen yang memuji tindakan tuan rumah tersebut dan salah seorang yang komen di Facebook Mat Geo menyatakan idea asal untuk memagar kawasan rumah itu datang dari arwah ayah saudaranya.

banjir
banjir
banjir

Semoga banjir di kawasan pantai timur akan semakin surut dan penduduk yang terjejas diberi bantuan dengan cepat. Kalau lepasni dapat amaran banjir di kawasan-kawasan tertentu, jangan lupa untuk cuba cara yang mereka gunakan tau!

Kredit: Facebook | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas