Connect with us

Oh! Media

Hasil Siasatan Punca Kematian Adib Akan Diketahui Tidak Lama Lagi

3f3e57a3 a380 437f b384 c0795ba0ea09

Trending

Hasil Siasatan Punca Kematian Adib Akan Diketahui Tidak Lama Lagi

Hasil siasatan penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dikatakan akan dimaklumkan tak lama lagi. Siasatan polis kini telah pun berada di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

BACA: Kertas Siasatan Kes Adib Sedang Dilengkapkan!

Kedudukan sama ada (wujud) penyebab-penyebab sehingga berlaku kematian Adib, tidak lama lagi akan kita maklumkan kepada semua.

Allahyarham Muhammad Adib, 24, telah menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara disebabkan kecederaan parah yang dialaminya semasa rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.

IKLAN

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada mencadangkan satu inkues untuk diadakan semula berhubung kes kematian Muhammad Adib, kerana terdapat saksi baharu yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba dan penyelamat itu.

Kredit: Astro Awani

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas