Connect with us

Oh! Media

Harga Minyak Botol Meningkat, Pengguna Rayu Subsidi Dikembalikan

Trending

Harga Minyak Botol Meningkat, Pengguna Rayu Subsidi Dikembalikan

Penetapan harga siling ayam dan telur yang baru serta pemansuhan subsidi minyak botol sudah pun bermula sejak 1 Julai yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Warga Asing Turut Nikmati Subsidi Ayam” – Perdana Menteri

Ekoran dari itu, harga minyak masak yang dijual dipasaran meningkat dan mencecah sehingga RM42.00 bagi 5 kilogram minyak botol.

Pengguna rayu subsidi minyak botol dikembalikan

Sehubungan dengan itu, orang ramai terutamanya golongan B40 mendesak supaya pihak kerajaan mengembalikan subsidi mi­nyak masak botol berikutan harga barangan berkenaan yang kini meningkat secara mendadak.

Menurut Kosmo, seorang pengguna bernama D. Dinesh, 34, menyatakan bahawa peningkatan harga barang ketika ini menyukarkan dirinya untuk menguruskan perbelanjaan keluarga kerana dirinya hanya merupakan seorang pengawal keselamatan.

Perbelanjaan keluarga ma­kin meningkat sejak 1 Julai lagi. Melihat harga minyak botol 5 kilogram (kg) dijual le­bih RM40, buat saya terduduk. Minyak masak paket pula susah nak dapat.

Isu ini turut disuarakan seorang peniaga, Md. Arif Yauni, 70, yang memaklumkan bahawa peningkatan harga minyak botol memberi kesan terhadap perniagaannya yang memerlukan 3kg mi­nyak masak sehari.

Saya dan keluarga berniaga nasi lemak dengan beberapa pilihan lauk seperti ayam goreng, telur goreng dan telur rebus.

Jadi apabila harga ketiga-tiga barangan itu meningkat dengan mendadak, perniagaan saya amat terkesan, tidak tergamak hendak naikkan lagi harga makanan.

Dalam pada itu, menurut seorang lagi pengguna, Rozidah Amat, 60, berkata, dia terpaksa membeli minyak botol meskipun harganya semakin mahal kerana kesukaran untuk mendapatkan stok minyak paket.

Sangat sukar untuk dapatkan minyak paket, jadi terpaksa juga beli minyak botol walaupun harganya mahal.

Kesian rakyat yang perlu menanggung situasi kenaikan harga barang ketika ini. Diharapkan kerajaan melakukan sesuatu demi kelangsungan hidup rakyat.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas