Connect with us

Oh! Media

“Harga Kit Ujian Kendiri Akan Turun Dalam Masa Terdekat” – KJ

91e120b8 c853 4506 aa6b e075dc163acc

Trending

“Harga Kit Ujian Kendiri Akan Turun Dalam Masa Terdekat” – KJ

Harga bagi kit ujian kendiri mungkin diturunkan dan ianya telahpun dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

BACA : “Lakukan Ujian Saringan Lebih Kerap Bila Rentas Negeri Dibenarkan Nanti” – KJ

Menurut laporan Berita Harian, kedua-dua kementerian itu sudah berbincang mengenai penurunan harga kit ujian kendiri dan ianya dikatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

IKLAN

Perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat dan perlu mengambil tempoh peralihan. Hal ini dibuat supaya pembekal mempunyai masa yang cukup untuk jual kit ujian yang sedia ada.

Kita sudah ada harga (baharu) untuk dijadikan harga siling yang adil kepada pengguna dan pembekal.

Namun apabila diumumkan nanti, ia akan mengambil kira tempoh peralihan supaya pembekal memiliki tempoh untuk menjual stok sedia ada.

Untuk pengetahuan, harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri sebelum ini adalah pada harga RM19.90 dan harga borong ditetapkan pada RM16. 

Perkara ini serba sedikit dapat menggalakkan orang ramai untuk membeli kit ujian kendiri ini. Terbaiklah!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas