Connect with us

Oh! Media

“Harga Kayangan Tapi Service Hmm…” – Pemuda Ini Pertikai Kualiti Kunafa Dijual Chef Ammar

Trending

“Harga Kayangan Tapi Service Hmm…” – Pemuda Ini Pertikai Kualiti Kunafa Dijual Chef Ammar

Siapa tak kenal dengan Chef Ammar, tukang masuk terkenal dan akan sentiasa ‘viral’ setiap kali menjelang bulan Ramadhan.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkilan Harga Makanan Dikecam Mahal, Chef Ammar Tunjuk Bukti Guna Bahan Terbaik

Di sebalik kejayaannya yang berjaya menjual hampir seribu pek makanan setiap hari ketika bulan Ramadhan tempoh hari, Chef Ammar juga tidak terlepas daripada terpalit dengan pelbagai kontroversi sepanjang menjalankan perniagaannya.

Jual kunafa lembik dan rapuh

Terbaru, Chef Ammar sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila makanan ‘viral’, kunafa yang dijualnya mendapat komen negatif oleh seorang pengguna TikTok.

@faruqyusof @chefammarali ♬ bunyi asal – FaRuqYusof

Menerusi video yang dikongsi pengguna bernama Faruq Yusof itu, dia kelihatan tidak berpuas hati dengan kunafa yang dibelinya daripada restoran Chef Ammar.

Menurutnya, kunafa yang dijual itu begitu rapuh dan lembik serta kualitinya tidak sama seperti harga yang dijual Chef Ammar.

Hal ini kerana, dia telah membayar sejumlah RM56 untuk dua hidangan kunafa tersebut.

Tu kunafa ke bee hun?

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan komen yang negatif terhadap kualiti makanan yang dijual Chef Ammar.

Sila hubungi saya tuan

Dalam pada itu, Chef Ammar turut meninggalkan komen meminta Faruq untuk menghubungi nya bagi menyelasaikan masalah tersebut.

Kredit: TikTok faruqyusof

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas