Connect with us

Oh! Media

diana

Oh! Artis

“Harap Semoga Semua Berpihak Kepada Kebenaran” – Diana Danielle Ceria Dan Tenang Ke Mahkamah

Diana Danielle, pelakon wanita ini tampil dengan ‘mood’ yang ceria ketika menghadiri sebutan semula kes nusyuz yang difailkan Farid Kamil terhadapnya. Kes itu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang bestari.

Diana kelihatan memakai baju kurung moden berwarna pink peach dan tudung bercorak sekaligus memberi bayangan dia masih dalam keadaan yang baik.

IKLAN

Sebelum ini, Diana Danielle atau Diana Danielle Beeson sering tampil ke mahkamah dengan memakai pakaian serba hitam.

diana

Sementara itu, Diana jarang memberi sebarang komen berhubung isu rumah tangganya dan hanya membuka mulut berharap masalah perkahwinannya dengan Farid dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Alhamdulillah, saya sihat. Harap saya semoga semua berpihak kepada kebenaran.

Malah, aktres itu juga bergurau bersama petugas media di mahkamah dan berkata lagu baharunya bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Lagu baru saya nak keluar.

Sebelum ini, pada 6 April, Farid Kamil telah memfailkan perintah kembali taat dan tuntutan sabitan nusyuz terhadap Diana.

Walau bagaimanpun, Farid Kamil tidak hadir pada sebutan kes itu dia memaklumkan dia dijangkiti Covid-19.

BACA: Diana Danielle Didakwa Terkena ‘Sumpahan’ Telefilem, Ramai Kru Dalam Turut Alami Penceraian Dengan Pasangan

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas