Connect with us

Oh! Media

Haqiem Stopa Kata Perkataan Kena ‘Sekolah’ Agak Kasar, Tak Melenting Terima Nasihat

Trending

Haqiem Stopa Kata Perkataan Kena ‘Sekolah’ Agak Kasar, Tak Melenting Terima Nasihat

Pelakon Zul Huzaimy yang popular dengan watak Spark mengundang perhatian ramai apabila dilihat menasihati influencer Haqiem Stopa di acara Santai Anak Utara, baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Menerusi video tular, netizen menganggap pemuda berusia 22 tahun itu kena ‘sekolah’ dengan otai apabila Zul memaklumkan kehadiran Haqiem seolah-olah merosakkan nama baik mat motor.

BACA: Haqiem Stopa Kena ‘Sekolah’ Dengan Zul Huzaimy, Reaksi Mukanya Jadi Tumpuan

Memetik laporan mStar, Haqiem bagaimanapun kurang senang apabila netizen mengatakan dirinya disekolahkan di acara itu. Sebaliknya, Zul menasihatinya dengan cara baik.

@nadia_gurlgurlzboboy Stopa kene skolah ke tu???? 🤣🤣🤣🤣 #stopa #spark #hakimstopa #zulhuzaimy_m ♬ original sound – Nadia gurlgurlzboboy

Jelasnya lagi, video tular di TikTok juga hanya separuh sahaja dan bukanlah situasi sebenar yang berlaku.

Disebabkan kesuntukan masa, Zul Huzaimy terpaksa memotong percakapannya dan hanya itu yang diviralkan.

Kononnya Zul mengatakan saya seakan-akan merosakkan nama golongan mat motor.

Kata Haqiem, nasihat yang penuh kata-kata positif daripada Zul tidak pula ditularkan netizen.

Haqiem bagaimanapun belajar daripada kesilapan lalu dan kini bersikap lebih profesional.

Malah, dia langsung tak kecil hati dan menerima teguran dengan hati terbuka.

Sebab itulah saya tak melenting apabila Zul berkata demikian. Cuma saya rasa tak sesuai jika ada pihak mengatakan Zul Huzaimy ‘sekolahkan’ saya kerana bahasa itu agak kasar.

Selepas kejadian itu, mereka berbincang semula dan Zul menasihatinya agar memilih jalan sendiri kerana dalam hidup ini ada macam-macam jenis manusia. Kita perlu bijak memilih lebih-lebih lagi apabila menjadi seseorang yang dikenali dan berpengaruh.

Mendengar nasihat itu, dia akan lebih berhati-hati dalam melakukan apa jua tindakan selepas ini.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas