Connect with us

Oh! Media

Haqiem Stopa Bukan Nama Sebenar, Dedah Maksud Disebaliknya Undang Perhatian Ramai

Ohmedia haqiem Stopa

Trending

Haqiem Stopa Bukan Nama Sebenar, Dedah Maksud Disebaliknya Undang Perhatian Ramai

Haqiem Stopa akhirnya dedah nama sebenar dan kisah di sebalik nama ‘Stopa’ yang diambil daripada arwah ayahnya.

Pempengaruh sensasi, Haqiem Stopa sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mendedahkan nama sebenarnya yang jarang diketahui ramai.

Menerusi potongan klip podcast Sembang Ohh Yeahh yang tular di TikTok, Haqiem atau nama penuhnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar mengakui telah menggunakan nama Haqiem Stopa sebagai identiti rasmi sejak empat hingga lima tahun lalu.

Nama betul saya Muhammad Sadzri Hakim. Lepas itu, tukar ke Haqiem Stopa.

Empat tahun ke lima tahun guna nama Haqiem Stopa.

‘Stopa’ gabungan nama arwah ayah

@sembang.ouh.yeah Asal-usul nama Haqiem Stopa. Nama yang ada jiwa dan branding yang mantap! Padu mat. 🔥" #haqiemstopa #podcastmalaysia #motorcycle #fypmalaysia #sembangouhhyeah ♬ Lagi Tamvan (feat. Siti Badriah) – RPH + DJ Donall

Menurut Haqiem, nama ‘Stopa’ bukan sekadar nama unik, sebaliknya diambil sempena arwah bapanya yang berasal dari Kelantan dan dikenali dengan panggilan ‘Stopa Janggut’.

IKLAN

Arwah bapanya yang berdarah kacukan Pakistan cukup dikenali dengan janggut serta rambut putih, menjadikan nama itu dekat di hatinya.

Stopa itu gabungan nama arwah ayah. Ayah aku orang Kelantan. Jadi arwah ayah aku, orang panggil Stopa Janggut. Arwah ayah aku mix Pakistan, janggut dan rambut putih. Jadi aku ambil nama dia, gabung dengan nama aku.

Haqiem Stopa jadi branding di media sosial

Haqiem

Mengulas lanjut, Haqiem berkata keputusan menggunakan nama tersebut dibuat kerana ia jarang digunakan, sekali gus mempunyai nilai unik dan potensi besar sebagai jenama peribadi.

Malah, sejak awal lagi dia yakin nama itu mampu pergi jauh dalam dunia media sosial

Waktu aku gabungkan, aku yakin akan ada benda yang menarik pada nama itu. Sebab itu adalah satu-satunya nama yang jarang ada.

Jadi, aku rasa macam nama ini cantik. Mungkin boleh pergi jauh. Aku pakai nama itu, jadikan dia ‘branding’.

Pssttt! Nama bukan sekadar panggilan, tapi boleh jadi identiti dan legasi. Bila ada nilai dan cerita di sebaliknya, ia mampu jadi kekuatan untuk pergi lebih jauh.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas