Haqiem Rusli, penyani popular itu tidak mahu memberitahu punca sebenar isterinya, Anis Sofea yang memilih untuk tidak memakai tudung lagi.
Menurut Haqiem, baginya perkara ini tidak perlu dipanjangkan lagi dan biarlah ia menjadi rahsia peribadi antara mereka suami isteri.
IKLAN
Hal itu saya tak bole cakap kerana ia privasi. Biar saya, isteri dan Tuhan sahaja yang tahu.
Haqiem yang berkongsi perkara berkenaan selepas menghadiri jemputan program MeleTOP, semalam.
Dalam pada itu, Haqiem turut berkata dia akui mereka tidak berada di pihak yang benar. Malah, dia dan isteri juga mengambil segala nasihat dan sentiasa menerima dengan tangan terbuka, asalkan ia tidak berlebihan.
Kalau waktu zaman saya mula-mula berkecimpung dahulu, mungkin saya penat nak lalui komen-komen netizen Tapi sekarang saya dah lali dan tahu game mereka.
Bagi saya, kalau nak beri nasihat, ada fasa-fasanya. Apa yang baik kita ambil dan perbaiki. Saya tegaskan sekali lagi, saya tak kata kami benar, mana yang ok, kami ambil.
Sebelum menemu bual Haqiem, pihak media Gempak cuba untuk menemubual Anis Sofea tetapi Haqiem tidak membenarkan isterinya untuk memberi sebarang kenyataan.
Biarlah benda ni saya hadap seorang. Saya tak nak libatkan mana-mana pihak. Mungkin sebab saya juga dia dapat publisti besar. Biar saya sahaja yang hadap.
Berkenaan akan bawa ke majlis-majlis terbuka selepas ini, saya sebagai suami kalau tak ajak dia… it dah kecilkan hati dia. Mana lebih bagus? Ajak atau tak ajak?
Doakanlah, mungkin benda boleh kembali Daik seperti dahulu.
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.