Connect with us

Oh! Media

Haqiem Rusli Sedar Isteri Dikecam, Mahu Isteri Tempuhi Susah Senang Bersama

haqiem rusli

Oh! Artis

Haqiem Rusli Sedar Isteri Dikecam, Mahu Isteri Tempuhi Susah Senang Bersama

Baru-baru ini isteri kepada penyanyi popular, Haqiem Rusli dikritik kerana paras rupanya dan penampilan baharunya tanpa hijab.

ADVERTISEMENT

Haqiem Rusli atau nama penuhnya, Ridzuan Haqiem Rusli tampil memuat naik hantaran di akaun Instagram Story miliknya dan menyatakan dia sedar dengan dugaan yang menimpa mereka.

Walau bagaimanapun, penyanyi popular itu berkata dia akan menempuh proses susah senang itu bersama-sama isterinya, Anis Sofea.

Banyak dugaan datang menimpa. Tapi kita lalui sama-sama tau sayang. I love you so much.

haqiem rusli

Penampilan baharu isterinya, Anis telah mengejutkan ramai pihak apabila dia mengambil keputusannya untuk melepaskan hijab pada satu syawal yang lalu.

Tambahan, penampilan baharunya itu mengundang kecaman netizen kerana mendakwa Anis tidak bersiap-siap untuk menghadiri ke majlis kerana tampil dengan gaya rambut bersanggul.

haqiem rusli

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen mengatakan wajah Anis juga persis usahawan kontroversi, Kak KM.

BACA: Isteri Haqiem Rusli Disamakan Dengan Jisoo Blackpink, Netizen Kata Macam Kak KM

Namun, Haqiem menjelaskan perbuatan Anis menanggalkan hijab adalah satu ujian dalam rumah tangganya dan dia sebagai suaminya tidak akan berhenti mendidik isterinya.

Apa yang boleh dikatakan, saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis.

Saya terima ujian ini dalam masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas