Connect with us

Oh! Media

JAIPk Siasat Ritual Tolak Banjir, Upacara ‘Raja Bomoh’ Diharamkan Sejak 2015

Raja Bomoh1a

Trending

JAIPk Siasat Ritual Tolak Banjir, Upacara ‘Raja Bomoh’ Diharamkan Sejak 2015

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Raja Bomoh buat hal lagi apabila muncul dengan upacara tolak banjir di Teluk Intan Perak.

BACA: Raja Bomoh Buat Hal Lagi, Kali Ini Upacara Halau Banjir?

Video berdurasi 25 minit yang tersebar memaparkan dirinya bersama seorang wanita dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ membuat ritual tepung tawar menggunakan bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu.

IKLAN

Tak berdiam diri, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut.

Perak6

Menurut Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan perkara khurafat dan menjauhi amalan seperti itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

JAIPk turut menyertakan fatwa mengenai pengharaman upacara bomoh oleh Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mat Zin.

Dalam warta kerajaan yang dikeluarkan oleh negeri Perak, fatwa mengenai pengharaman itu dibuat di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 pada tahun 2015.

Segala amalan perbomohan yang dilakukan individu itu adalah berlawanan dengan hukum syarak.

Kredit: Sinar Harian | Jabatan Agama Islam Perak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas