Connect with us

Oh! Media

Hanya Kerana RM10, Bapa Terima 9 Jahitan Selepas ‘Dibelasah’ Anak

Trending

Hanya Kerana RM10, Bapa Terima 9 Jahitan Selepas ‘Dibelasah’ Anak

Umum mengetahui, terdapat banyak kejadian membabitkan perilaku anak-anak yang tidak mempedulikan soal hormat kepada ibu bapa kandung mereka sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Tipu Diculik, 3 Beradik Sanggup Komplot Minta Wang Tebusan Pada Bapa

Lebih-lebih lagi kepada anak yang kurang berpendidikan agama serta pengaruh rakan sebaya, ia mungkin menjadi punca mereka menderhakai orang tuanya.

Lebih mengejutkan, ada dari kalangan mereka yang sanggup mencederakan ibu bapa mereka oleh kerana perkara yang remeh sehingga menimbulkan kecederaan yang serius.

Anak tergamak pukul bapa hanya kerana RM10

Terbaharu, hanya kerana bapa meminta RM10 untuk membeli sarapan, seorang anak sanggup mencederakan warga emas itu dengan menggunakan sebatang kayu.

Kejadian yang berlaku pada 17 Oktober yang lalu di Kampung Dusun Durian, Bekalam, Kota Bahru menyebabkan warga emas berusia 62 tahun itu menerima 9 jahitan di kepala serta patah pergelangan tangan kanan.

Menurut Kosmo, siasatan mendapati suspek berusia 34 tahun itu dipercayai memarahi bapanya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) oleh kerana meminta wang berjumlah RM10 untuk membeli makanan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, suspek juga bertindak menghubungi adiknya selepas memukul bapanya itu.

Adik suspek kemudian begegas ke rumah bapanya dan mendapati warga wmas itu mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Mangsa terus dibawa ke Hospital Machang dan dilaporkan menerima sembilan jahitan selaian pergelangan tangannya juga patah.

Tak mahu buat laporan polis, risau anak ditahan polis

Mohamad Ismail berkata, mangsa pada awalnya enggan membuat laporan polis kerana risau akan anaknya itu yang dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Namun, adik suspek tidak berdiam diri dan nekad membuat laporan di Balai Polis Jelawat, empat hari selepas kejadian.

Tambahnya, suspek ditahan kira-kira pukul 5 petang pada hari yang sama selain polis turut merampas sebatang kayu yang digunakan lelaki itu.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Jumaat depan untuk membantu siasatan.

Walaubagaimanapun, kes disiasat mengikut Seksyen 326/326A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas