
Trending
Hanya Kerana Gambar, Lelaki Bangladesh Ditahan Ceroboh Landasan LRT
Oleh
Seorang lelaki warga Bangladesh yang bertindak menceroboh ke laluan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Alam Megah ditahan pihak polis selepas mengakibatkan perjalanan sistem pengangkutan awam itu tergendala, lapor MalaysiaGazette.
BACA: “Amerika Tak Ada Tempat Macam Ni” -Netizen Bangga Wanita Ini Puji, Kagum Dengan Pavilion KL
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, kejadian itu disedari seorang anggota polis bantuan yang sedang bertugas di stesen LRT berkenaan pada pukul 2 petang, semalam.
Pengadu (anggota polis bantuan berkenaan) menahan suspek iaitu seorang lelaki warga Bangladesh berusia 24 tahun selepas melihat dia menceroboh masuk ke landasan LRT tersebut.
Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana mahu mengambil gambar di atas trek landasan berkenaan
Menurut beliau lagi, tindakan lelaki itu telah menyebabkan sistem LRT terganggu dan tergendalaselama lima minit.
Suspek itu kemudian telah ditahan semula oleh pihak polis untuk disiasat lanjut di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Suspek kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Kredit: MalaysiaGazette
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
