Connect with us

Oh! Media

Hanya Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan, Hukuman Mati Masih Wujud

Trending

Hanya Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan, Hukuman Mati Masih Wujud

Heboh dalam kalangan netizen mengenai berita tentang pemansuhan hukuman mati mandatori yang akan ditukar kepada hukuman gantian mengikut budi bicara mahkamah.

ADVERTISEMENT

BACA: #MAHKAMAHNETIZEN “Sangat Tak Adil Untuk Keluarga Mangsa” – Bapa Arwah Zulfarhan Bantah Hukuman Mati Dimansuhkan

Keputusan itu dilihat perlu diteliti semula selepas ramai dari kalangan warganet yang tidak bersetuju dengan berita yang dianggap akan menghancurkan keamanan negara ini.

Hukuman mati masih ada

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tampil memaklumkan bahawa kukuman mati masih wujud dalam perundangan Malaysia walaupun kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori pada 8 Jun lepas.

Menurut beliau, kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan menggantikannya dengan hukuman gantian namun tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Sekarang secara prinsipnya kerajaan bersetuju pada 8 Jun bila Jemaah Menteri bersetuju, maknanya prinsipnya kerajaan tidak akan melaksanakan hukuman mati mandatori tetapi di mahkamah sana masih.

Undang-undang itu ‘governed by existing law’ (undang-undang sedia ada yang belum dipinda).

Datuk Seri Dr Wan Junaidi turut menambah bahawa hukuman mati mandatori merujuk kepada peruntukan-peruntukan kesalahan jenayah iaitu tertuduh yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati tanpa sebarang pengecualian kerana hakim tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh apabila disabit dengan kesalahan contohnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas