Connect with us

Oh! Media

Hanya 18 Hari Bergelar Isteri, Ibu Mentua Teman Ambil Kad Nikah Tanpa Suami Di Sisi

Befunky collage 1

Trending

Hanya 18 Hari Bergelar Isteri, Ibu Mentua Teman Ambil Kad Nikah Tanpa Suami Di Sisi

Setiap wanita yang berkahwin pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia di sisi suami tercinta. Namun, siapalah kita untuk menidakkan takdir dan ketentuan-Nya. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu semua ketentuan Tuhan.

BACA: “Tak Tahu Kenapa Orang Benci”- Lebih 4 Juta Sedih Lihat Video Adik Akid

Ambil kad nikah tanpa suami

@babymoshiey_

Balik la , bukan ke ini yg u tnggu sejak kite kahwin haritu 😔

♬ bunyi asal – Baby~

Tular satu video di aplikasi TikTok, seorang wanita berkongsi video dia ditemani ibu mentua untuk mengambil kad nikahnya dipercayai di Melaka.

IKLAN

Melalui video berkenaan, Wanita itu berkongsi perasaanya selepas dia diajak ibu mentuanya untuk mengambil kad nikah tanpa kehadiran suami di sisi yang meninggal dunia akibat kemalangan.

Time ni tangan shaking, sedih sangat hati ini. Ambil kad nikah tanpa suami yang hanya bertemankan ibunya. Tapi aku tak turun, mama yang ambil.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat ibu mentuanya yang tidak dapat menahan sebak selepas ditanya beberapa soalan oleh pegawai bertugas semasa mengambil kad nikah anaknya.

Ebby orang tu tanya mama, mana pengantin? Kenapa mak yang ambil? Mama punyalah taknak dia orang bertanya. Tak kuat mama nak jawab

Sejurus wanita itu mengambil kad nikah tersebut. Dia dan ibu mentuanya dilihat menziarahi kubur arwah suaminya di akhir video.

Untuk makluman pembaca suami kepada wanita ini, Anwarie Azim Rozie, 23, meninggal dunia pada 19 Januari yang lalu selepas terlibat dalam satu kemalangan di Alor Gajah.

Semoga wanita ini terus cekal dan tabah mengharungi hari harinya tanpa seorang insan yang bergelar suami di sisi.

Kredit: TikTok babymoshiey_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas