Trending
Hantaran Terbaru Naim Daniel Selepas Terpalit Kontroversi Undang Perhatian Ramai
Selepas lama menyepi kerana kontroversi, Naim Daniel kembali muncul di TikTok dengan hantaran penuh emosi.
Sejak namanya terpalit dengan kontroversi amang seksual terhadap remaja bawah umur, penyanyi dan pelakon Naim Daniel dilihat semakin menyepi dari dunia hiburan.
Malah, Naim hanya kelihatan ketika hadir ke mahkamah bersama peguam, tanpa sebarang hantaran baharu di media sosial.
Hantaran pertama Naim Daniel lepas kontroversi





Namun, Naim mencuri perhatian apabila membuat kemunculan pertama di TikTok selepas sekian lama.
Dalam video yang dimuat naik, Naim berkongsi beberapa foto zaman kecilnya sebelum memaparkan gambarnya di mahkamah dengan kapsyen penuh emosi.
Apa kau melihatku, seadanya, seikhlasnya, setulusnya? Apa takdir mendengar hati kita?
Peminat luah rindu dan doa yang baik-baik

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat mengucapkan selamat kembali kepada Naim dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Tidak kurang juga yang berharap agar kes yang melibatkan namanya hanyalah fitnah, sekali gus membuktikan dia berada di pihak yang benar.
Pssttt! Dalam hidup, ujian datang tanpa diduga. Apa pun yang berlaku, jangan cepat menghukum kerana hanya kebenaran yang akan membersihkan segala keraguan.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM